KEPUTIHAN DAN CARA MENGATASINYA

Baru-baru ini, semasa berbual dengan sahabat-sahabat saya di dalam group whatsapp, seorang sahabat menceritakan bahawa beliau mengalami jangkitan di bahagian kemaluan. Jangkitan di bahagian kemaluan boleh berlaku sekiranya kita kurang minum air, cara mencuci bahagian kemaluan yang salah atau tidak menukar pad atau panty liner dalam jangka masa yang lama. Antara tanda-tanda anda mengalami jangkitan pada bahagian kemaluan atau sistem peranakan adalah apabila anda mengalami keputihan. Jom kenali KEPUTIHAN DAN CARA MENGATASINYA

Perkara ini berlaku kerap berlaku kepada wanita kerana wanita mempunyai sistem peranakan dan bahagian kemaluan yang basah yang mana boleh menyebabkan berlaku jangkitan dengan lebih cepat. 



Keputihan yang teruk boleh membawa kepada jangkitan kuman (veneral disease) seperti Syphils dan Gonorrhea iaitu penyaki-penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Ia juga boleh manjadi indicator yang wanita mengalami atau menghidap penyakit kanser pada bahagian peranakan, terutamanya kanser servik.

Bagi wanita yang belum berkahwin pula, pengeluaran keputihan sering menimbulkan persoalan sama ada mereka menghidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

Keputihan atau Lendir dari dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan daripada kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Ia mungkin merupakan perkara biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini bertugas melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj. Sel-sel ini ada berkemungkinan menjadi kering dan rosak tanpa lendir ini. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita yang  telah putus haid (Menopause). Masalah ini boleh menyebabkan rasa sakit sewaktu bersama suami dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam persetubuhan.  Pengeluaran lendir akan bertambah banyak ketika naik syahwat dan bersetubuh. Dalam keadaan ini, lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. 

Pangkal rahim juga mengeluarkan lendir dengan tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim membantu dalam percantuman di antara benih lelaki(sperma) dan benih perempuan(ovum) di dalam proses persenyawaan.

Pengeluaran lendir daripada faraj juga dipengaruhi oleh paras hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran kilang-kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut, menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim. Keadaan ini sering berlaku kepada wanita hamil dan wanita yang mengambil pil perancang keluarga

Keadaan-keadaan di atas disebu.t sebagai fisiologi dan dianggap biasa. Anda tidak perlu risau dan bimbang

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku apabila wanita berhadapan dengan keadaan yng menimbulkan kesedihan dan kegembiraan yang teramat sangat. Ia juga boleh berlaku pada wanita-wanita yang bekerja kuat dan melakukan aktiviti fizikal yang banyak

Kebiasaannya lendir atau keputihan bersifat jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi dengan rasa gatal. Sekiranya lendir tersebut bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk dan diiringi dengan rasa gatal, ia boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Adakalanya juga lendir tersebut berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ia adalah tanda yang perlu di awasi kerana ada kemungkinan berlaku jangkitan kuman pada kemaluan.

Antara yang anda boleh lakukan untuk MENGATASI KEPUTIHAN BERLEBIHAN adalah;
1) Banyakkan minum air suam. Biar sedikit-sedikit tetapi kerap
2) Kurangkan minuman berais dan sejuk
3) Kurangkan minuman berkafein
4) Bersihkan kawsan kemaluan dari bahagian atas ke bawah dan bukan sebaliknya
5) Tukar panty liner dan pad anda lebih kerap
6) Jika sudah berkahwin, jalani ujian PAPS MEAR
7) Dapatkan nasihat doktor sekiranya risau dengan lendiran atau keputihan anda yang teruk

Saya suka juga mencadangkan anda untuk mengambil Alfalfa Shaklee sebagai suplemen harian anda sekiranya anda mengalami keputihan yang banyak. Alfalfa terbukti boleh membantu mengurangkan keputihan kerana ia berfungsi sebagai kacip fatimah kepada tubuh.

Hubungi saya terus sekiranya anda berminat dengan suplemen ini untuk mengurangkan keputihan ini melalui  talian di bawah;

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Kolombong, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau apa-apa mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

7 thoughts on “KEPUTIHAN DAN CARA MENGATASINYA

  1. Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda…terharu sangat.

    Walaupun dalam mood istirehat bunda beransur singgah dan komen rambang keblog2 kalian…terima kasih sangat..

  2. Assalam..

    kalau dah minum ais setiap hari memang keputihan la jawabnya..sekarang berkawan baik dengan alfalfa dan kurangkan minum ais memang keputihan pun dah syohh syooh hehe.

    good sharing ryn. thanks darl.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge