APA ITU ASID FOLIK DAN KEPENTINGANNYA

Baru-baru ini, ketika saya bersama Putri untuk medical Check-up dan berjarum 4 bulan, saya menemui artikel Kementerian Kesihatan Malaysia tentang ASID FOLIK. Saya rasa maklumat yang terdapat di dalam artikel ini sangat berguna untuk saya kongsikan di sini ditambah dengan  sedikit pengetahuan yang saya belajar ketika mengikut kelas Nutrisi shaklee

APA ITU ASID FOLIK?

-ASID FOLIK adalah sejenis vitamin B
– Ia boleh didapati di dalam makanan dan pil acid folic

Kenapa Asid Folik Sangat Penting
– Mencegah anemia atau kurang darah ketika mengandung
– Membentuk sel-sel baru bagi bayi dan ibu mengandung. Sebab tu kalau bacaan darah ibu mengandung rendah, ibu hamil perlu ambil Asid Folik juga agar memudahkan penghasilan darah baru
– Merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang bayi dalam kandungan
– Menolong mencegah kecacatan tiub neural( Neural Tube Defects NTD) pada saraf tunjang
– Mengurangkan lain-lan kecacatan atau masalah bayi seperti
  • Sumbing lelangit atau Cleft Palate
  • Kecacatan jantung
  • Kecacatan sistem pembuangan air kencing
  • Kurang darah (Anemia)
Apakah Kecacatan Tiub Neural
– Kecacatan tiub Neural adalah kecacatan saraf tunjang pada bayi yang dilahirkan akibat kurangnya pengambilan asid folik
– Terdapat 2 bentuk utama kecacatan ini iaitu Anence Phaly dan Spina Bifida
– Anence Phaly adala ketiadaan sebahagian atau keseluruhan otak bayi
– Spina Bifida pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak lumpuh dan tidak boleh berjalan

spina bifida


Kecacatan inilah yang membimbangkan pihak klinik kerana kekurangan asid folik menyebabkan bayi lahir dengan tidak sempurna

Jumlah pengambilan Asid Folik yang disyorkan

syor jumlah pengambilan asid folik
JUMLAH ASID FOLIK YANG DISYORKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN

Bilakah Kekurangan Asid Folik Boleh Berlaku
– Kekurangan Asid Folik boleh berlaku apabila keperluan untuk Asid Folik ini meningkat iaitu apabila;
  • Semasa Mengandung
  • Semasa menyusukan bayi
  • Anemia
  • Dialisis buah pinggang
  • Penyakit hati
– Apabila pengambilan harian tidak mencukupi
– Apabila asid folik dikumuh lebih daripada kebiasaan

Asid Folik amat penting bagi ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan sesiapa yang menghadapi masalah anemia serta suka makan makanan yang kurang berkhasiat. Pengambilan Asid folik setiap hari membantu perkembangan bayi dalam kandungan, bayi yang baru lahir serta sangat membantu dalam mengcukupkan darah yang kurang di dalam badan. Tolong jangan abaikan pengambilan Asid Folik anda setiap hari. 

Jika anda inginkan Folic Acid dalam bentuk pil, anda boleh juga dapatkan B Complex Shaklee daripada kami. B Complex Shaklee yang dilengkapi dengan folic Acid merupakan tablet vitamin B yang yang lengkap. 

Dengan pengambilan 1 biji 1 hari, pengambilan B Complex Shaklee bukan sahaja membantu mengurangkan masalah disebabkan kekurangan folic Acid, akan tetapi ia juga membantu mengurangkan stres dan menambah tenaga agar tidak mudah letih ketika mengandung dan menyusukan bayi

ASID FOLIK SHAKLEE

Hubungi kami sekiranya anda mencari suplemen Asid folik yang sesuai di talian berikut;

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

KELEBIHAN AHLI SHAKLEE
HUBUNGI SAYA SEGERA!


Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Kolombong, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau apa-apa mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge