Archive | November 2014

KEPUTIHAN DAN CARA MENGATASINYA

Baru-baru ini, semasa berbual dengan sahabat-sahabat saya di dalam group whatsapp, seorang sahabat menceritakan bahawa beliau mengalami jangkitan di bahagian kemaluan. Jangkitan di bahagian kemaluan boleh berlaku sekiranya kita kurang minum air, cara mencuci bahagian kemaluan yang salah atau tidak menukar pad atau panty liner dalam jangka masa yang lama. Antara tanda-tanda anda mengalami jangkitan pada bahagian kemaluan atau sistem peranakan adalah apabila anda mengalami keputihan. Jom kenali KEPUTIHAN DAN CARA MENGATASINYA

Perkara ini berlaku kerap berlaku kepada wanita kerana wanita mempunyai sistem peranakan dan bahagian kemaluan yang basah yang mana boleh menyebabkan berlaku jangkitan dengan lebih cepat. 



Keputihan yang teruk boleh membawa kepada jangkitan kuman (veneral disease) seperti Syphils dan Gonorrhea iaitu penyaki-penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Ia juga boleh manjadi indicator yang wanita mengalami atau menghidap penyakit kanser pada bahagian peranakan, terutamanya kanser servik.

Bagi wanita yang belum berkahwin pula, pengeluaran keputihan sering menimbulkan persoalan sama ada mereka menghidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

Keputihan atau Lendir dari dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan daripada kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Ia mungkin merupakan perkara biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini bertugas melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj. Sel-sel ini ada berkemungkinan menjadi kering dan rosak tanpa lendir ini. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita yang  telah putus haid (Menopause). Masalah ini boleh menyebabkan rasa sakit sewaktu bersama suami dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam persetubuhan.  Pengeluaran lendir akan bertambah banyak ketika naik syahwat dan bersetubuh. Dalam keadaan ini, lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. 

Pangkal rahim juga mengeluarkan lendir dengan tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim membantu dalam percantuman di antara benih lelaki(sperma) dan benih perempuan(ovum) di dalam proses persenyawaan.

Pengeluaran lendir daripada faraj juga dipengaruhi oleh paras hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran kilang-kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut, menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim. Keadaan ini sering berlaku kepada wanita hamil dan wanita yang mengambil pil perancang keluarga

Keadaan-keadaan di atas disebu.t sebagai fisiologi dan dianggap biasa. Anda tidak perlu risau dan bimbang

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku apabila wanita berhadapan dengan keadaan yng menimbulkan kesedihan dan kegembiraan yang teramat sangat. Ia juga boleh berlaku pada wanita-wanita yang bekerja kuat dan melakukan aktiviti fizikal yang banyak

Kebiasaannya lendir atau keputihan bersifat jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi dengan rasa gatal. Sekiranya lendir tersebut bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk dan diiringi dengan rasa gatal, ia boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Adakalanya juga lendir tersebut berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ia adalah tanda yang perlu di awasi kerana ada kemungkinan berlaku jangkitan kuman pada kemaluan.

Antara yang anda boleh lakukan untuk MENGATASI KEPUTIHAN BERLEBIHAN adalah;
1) Banyakkan minum air suam. Biar sedikit-sedikit tetapi kerap
2) Kurangkan minuman berais dan sejuk
3) Kurangkan minuman berkafein
4) Bersihkan kawsan kemaluan dari bahagian atas ke bawah dan bukan sebaliknya
5) Tukar panty liner dan pad anda lebih kerap
6) Jika sudah berkahwin, jalani ujian PAPS MEAR
7) Dapatkan nasihat doktor sekiranya risau dengan lendiran atau keputihan anda yang teruk

Saya suka juga mencadangkan anda untuk mengambil Alfalfa Shaklee sebagai suplemen harian anda sekiranya anda mengalami keputihan yang banyak. Alfalfa terbukti boleh membantu mengurangkan keputihan kerana ia berfungsi sebagai kacip fatimah kepada tubuh.

Hubungi saya terus sekiranya anda berminat dengan suplemen ini untuk mengurangkan keputihan ini melalui  talian di bawah;

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Kolombong, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau apa-apa mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

BAKAR LEMAK DENGAN CEPAT AGAR TIDAK KELIHATAN SEPERTI IBU HAMIL

Akhir-akhir ini, ramai pula yang ajukan saya soalan bagaimana kempiskan perut membuncit yang kelihatan seperti ibu hamil  5 bulan. Mungkin mereka risau dengan perut yang semakin membuncit lebih-lebih lagi apabila hujung tahun begini, mereka perlu menghadiri banyak kenduri kahwin yang membuatkan mereka makan banyak. Jom ketahui bagaimana BAKAR LEMAK DENGAN CEPAT AGAR TIDAK KELIHATAN SEPERTI IBU HAMIL.

Lemak sebenarnya diperlukan oleh badan kita. Lemak yang cukup membolehkan badan menjana tenaga daripada lemak. Lemak di badan juga membantu agar kita tidak cepat berasa sejuk. Akan tetapi, faktor pemakanan yang tidak sihat menyebabkan kita mengambil lemak berlebihan. Kurangnya senaman yang membantu aktiviti membakar lemak berlebihan membuatkan lemak semakin mendap di dalam perut dan badan yang akhirnya menyebabkan perut menjadi buncit

Saya cadangkan anda mengambil OMEGA GUARD SHAKLEE ini. Omega Guard merupakan minyak ikan Shaklee dan ia mampu membakar lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Minyak ikan juga merupakan suplemen yang panas dan boleh membantu pembakaran kolestrol jahat di dalam badan. Selain itu, ia juga boleh membantu mengawal selera makan.

kelebihan omega guard
Antara kelebihan Omega Guard ini

Selain pengambilan Omega Guard secara konsisten, saya juga suka untuk mencadangkan anda;

1) Mengambil air yang banyak sesuai dengan berat anda agar mudah Omega Guard membakar lemak di dalam badan anda

2) Kurangkan minuman sejuk terutama jika anda makan makanan berminyak dan berlemak. Minuman sejuk akan memendapkan lemak dan minyak yang anda dapat daripada makanan tersebut

3) Ambil Omega guard sebelum anda bersenam agar mudah lemak terbakar semasa bersenam

4) Mengambil Omega Guard selepas makan makanan yang berkolestrol dan berlemak agar Omega Guard ini terus membakar lemak-lemak dan kolestrol yang masuk di dalam badan

5) Konsisten dengan senaman anda. Jika tidak sempat bersenam, ambil beberapa minit untuk melakukan sit-up agar lemak-lemak tidak terus terkumpul di dalam perut.

6) Gabungkan dengan Herb Lax untuk mencuci perut terlebih dahulu dan Alfalfa Shaklee agar lemak-lemak dan kolestrol jahat yang dibakar oleh Omega Guard itu dibawa keluar daripada badan. 

Disiplinkan diri anda ya. Jangan mengabaikan jumlah kalori dan lemak dalam pemakanan anda walaupun anda mengambil Omega Guard. Ini kerana pemakanan yang sihat mampu membantu mengekalkan berat badan yang ideal.

Untuk makluman, promosi OMEGA GUARD BELI 6 PERCUMA 1 masih berlangsung sehinga 30 November ini. Jika anda beli 6, anda akan dapat PERCUMA 1 botol Omega Guard lagi. Berbaloi-baloikan. Sekaligus anda akan dapat FREE MEMBERSHIP dan bonus pada bulan Disember nanti!


Hubungi saya terus sekiranya anda berminat dengan Omega Guard ini di talian;

kelebihan menjadi ahli shaklee
HUBUNGI SAYA TERUS JIKA ANDA BERMINAT MENDAPAT PENJIMATAN SEPERTI DI ATAS

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Kolombong, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau apa-apa mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

BLOGGER YANG SAYA FOLLOW DAN SELALU RUJUK

Baru-baru ini, saya kerap blogwalking ke blog blogger-blogger di luar sana. Tidak disangka banyak ilmu yang saya perolehi. Antara blogger yang saya follow dan selalu rujuk adalah Pakar SEO BLOGSPOT, Tuan Hasrul Hassan dengan blog www.hasrulhassan.com dan Tuan Denaihati dengan blog www.denaihati.com. Kedua-dua blogger ini menjana pendapatan secara online dan sangat terkenal di dunia alam maya.

Hasrulhassan.com

Banyak ilmu tentng SEO dan blogspot yang saya belajar melalui blog beliau. Di dalam blog beliau ini, selain menulis tentang isu semasa beliau juga ada berkongsi tentang tips-tips SEO dan Blogspot. Saya kerap mengunjungi blog beliau untuk belajar tentang ilmu SEO BLOGSPOT ini. Perkongsian beliau ini sangat banyak membantu ramai blogger-blogger baru sehinggalah beliau digelar PAKAR SEO BLOGSPOT MALAYSIA

Saya juga pernah bertanya dengan beliau kenapa tidak tinggalkan blogspot dan teruskan dengan WordPress memandangkan beliau sudah mahir tentang SEO dan word press. Jawapan beliau’ Saya seronok dengan blogspot dan saya ingin membantu blogger-bogger baru di luar sana kerana blogger-blogger baru menggunakan platform blogspot sebagai permulaan mereka’

Wah.. Kagum saya dengan semangat beliau. Entah berapa banyak sudah orang gunakan ilmu yang beliau kongsikan secara PERCUMA ini. Insha Allah, saya pun ingin menjadi seperti beliau. Berkongsi untuk membantu lebih ramai orang lagi. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki beliau

Denaihati.com

‘Hidupkan Untuk Memberi’ merupakan slogan Tuan Mohd Ilham @ Amir yang merupakan pemilik blog Denaihati ini yang juga merupakan seorang Traveller. Blog beliau bukan sahaja mempunyai ramai Follower tetapi beliau juga berkongsi tentang cara mencari duit melalui blog. Blog beliau juga telah memenangi banyak anugerah antaranya Best Blog of the year 2012, Most Creative Blog 2013 dan Best Personal Blog 2013.  

Insha Allah, pada 29hb ini saya akan mengikuti Kelas WordPress Essentials Kota Kinabalu yang diadakan oleh Team Denaihati. Mau cedok banyak-banyak ilmu dari Otai-otai blogger ni. Terima kasih kerana sudi turun ke Kota Kinabalu untuk buat kelas bersama kami.



Jika anda berminat  untuk join kelas ini juga, anda boleh klik di link ini.

Doakan saya beroleh ilmu yang bermanfaat nanti ya! 🙂

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Kolombong, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau apa-apa mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

CARA KIRA WAKTU SUBUR AGAR MUDAH HAMIL

CARA KIRA WAKTU SUBUR AGAR MUDAH HAMIL merupakan kaedah perancang keluarga yang dinamakan kaedah kalendar memandangkan kita merancang kehamilan dengan menggunakan kiraan kitaran haid

Dengan kaedah ini, suami isteri adalah digalakkan untuk bersama pada hari-hari subur agar mudah untuk mereka merancang untuk mendapatkan zuriat

Walau bagaimanapun,  kaedah ini lebih sesuai buat wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap kerana mereka mempunyai kitaran haid yang sama. Berbanding wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap, agak sukar mengira waktu subur mereka kerana kitaran mereka tidak menentu




CARA-CARA MENGIRA HARI SUBUR IALAH;

  1. Si isteri perlu mengira dan mencatatkan bilangan hari kitaran haid beliau. Isteri perlu mengira  dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid pada bulan atau kitaran seterusnya
  2. Dapatkan bilangan purata
  3. Kemudian, tolakkan 18 hari daripada bilangan hari dalam putaran haid yang terpendek. Contoh;

  • Kitaran haid si isteri yang terpendek adalah 26 hari –  18 hari = 8 hari.
  • Maka, hari ke-8 dalam kitaran haid si isteri merupakan hari pertama waktu subur pada bulan itu

  4. Kemudian, isteri perlu mengira kitaran haid yang terpanjang dan perlu tolak dengan 11 hari. Angka ini merupakan hari terakhir waktu subur si isteri dalam kitaran pada bulan itu. Contoh;
  • Kitaran haid terpanjang isteri adalah 34 hari –  11 hari = 23 hari
  • Maka, hari ke 23 merupakan hari terakhir waktu subur bagi si isteri

Jadi, seperti contoh di atas, waktu subur isteri adalah dari hari ke 8  haid hingga hari ke 23. Contoh, si isteri haid pada 1 November, maka waktu subur beliau adalah pada 8 – 23 november.

Ketika 8- 23 November inilah isteri digalakkan bersama suami bagi memudahkan persenyawaan terjadi. Kiraan ini adalah mudah bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap.

Tetapi sekiranya si isteri tidak mempunyai kitaran haid yang tetap, saya cadangkan anda mengambil GLA Complex Shaklee bagi membantu memperbetulkan hormon dalam badan anda sekaligus membantu kitaran haid anda menjadi lebih stabil

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai untuk anda yang ingin hamil, anda boleh terus berhubung dengan saya di talian berikut;

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau sebarang maklumat tentang tips atau perkongsian saya di dalam blog ini melalui ;

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Kredit to : Dr Zubaidi.com
Share

NEW DISTRIBUTOR TRAINING OLEH CAWANGAN SHAKLEE KOTA KINABALU

Ahad lepas, saya menghadiri kursus sehari NEW DISTRIBUTOR TRAINING atau Latihan Pengedar Baru yang dianjurkan oleh pihak Shaklee Cawangan Kota Kinabalu, Sabah. Kursus ini dikendalikan oleh Miss Oliva, Manager Shaklee Branch Kota Kinabalu

Sebenarnya, kursus ini diadakan khas untuk Distributor atau Pengedar Sah Shaklee yang baru mendaftar sebagai ahli Shaklee bagi memperkenalkan syarikat Shaklee ini kepada mereka. Tapi, saya saja ja ikut. Pernah ikut dah tahun lepas, tapi tahun ni ikut lagi. Mahu tambah ilmu. Iyalah, ilmu ni bukannya sama setiap kalikan. Dan juga pada tahun lepas punya New Distrbutor Training saya tidak dapat fokus sangat since masa tu bawa Fyrash sekali dan dia sangatlah aktif, so memang lebih banyak masa menjaga dia daripada belajar. 

Kali ni pula saya bawa Putri, tapi dia masih baby lagi. Jadi kuranglah meragam. Cuma keadaan bilik kursus yang sejuk buat dia kurang selesa. Nasib baik ada satu bilik kecil, bilik sekretariat. Jadi bolehlah dodoikan dan tidurkan dia di dalam bilik tu sambil-sambil dengar ceramah.

ejen shaklee kota kinabalu
Peneman ummi ke setiap aktiviti Shaklee. Sampai orang kenal dia dah. Balik-balik join kursus Shaklee sampai kena panggi baby Shaklee 🙂
Di dalam kursus ini, kami juga didedahkan tentang cara-cara mengira bonus, membina rangkaian dan maklumat yang lebih detail tentang Shaklee

shaklee kota kinabalu
Terima sijil NDT daripada salah seorang Master Shaklee di Sabah, Master Erwan. Tengok Si Putri, nda sabar-sabar mau ambil sjil..Hihi..

pengedar shaklee sabah
Antara peserta yang hadir. Putri jadi student paling kecil. Hihi..
Alhamdulillah.. Banyak juga yang ilmu kami perolehi. Seronok pergi kelas-kelas begini. Banyak info-info yang terbaru boleh kita dapati. Kalau anda mendaftar sebagai Pengedar Sah Shaklee, adalah sanagt-sangat baik and amenghadiri kelas Nutrisi, NDt atau Health & Wellness Talk Shaklee untuk menambah ilmu. Baru mudah jadi SID berkualiti!

Ingin jadi Pengedar Shaklee? Jom, hubungi saya di talian berikut. Jika anda ingin serius menjalankan perniagaan Shaklee ini, kami akan guide anda sebaik mungkin agar anda menjadi seorang Pengedar Shaklee yang hebat. Kami juga akan kongsikan rahsia-rahsia kejayaan kami sehingga mendapat bonus 4 angka bersama Shaklee

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Kolombong, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau apa-apa mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂
Share

MAKANAN YANG MENGANDUNGI ASID FOLIK

Sambungan dari entry saya sebelum ini yang bertajuk APA ITU ASID FOLIK DAN KEPENTINGANNYA. Terdapat beberapa sumber MAKANAN YANG MENGANDUNGI ASID FOLIK. Antaranya ialah;
  • Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan asparagus ( Patutlah klinik selalu sebut makan sayur bayam ni kalau rendah bacaan HB tu)
  • Kacang peas, jagung dan kacang tanah
  • Hati lembu, daging lembu dan ayam
  • Bijirin yang diperkayakan dengan asid folik seperti roti, bijirin sarapan pagi, gandum, susu, beras perang dan barli ( Barli pun dikatakan antara makanan yang boleh menambahkan susu ibu)
  • Jus oren segar dan buah-buahan seperti pisang dan buah kurma
  • Pil asid folik ( Selalunya doktor di klinik kerajaan akan memberikan pil asid folik yang kecil dan berwarna kuning untuk ibu-ibu yang hamil ) atau anda boleh ambil B Complex Shaklee
makanan kaya asid folik

Antara Tanda-Tanda anda Kekurangan Asid Folik ialah;
1)  Tanda-tanda biasa
  • Cirit-birit
  • Kurang selera makan
  • Turun berat badan
2) Tanda-tanda lain;
  • Lemah
  • Lidah bengkak
  • Sakit kepala
  • Jantung berdebar-debar
  • Keresahan
  • Gangguan tingkah laku
3) Tanda kekurangan Folic Acid bagi ibu mengandung
  • Bayi kekurangan berat badan
  • Bayi pramatang
  • Bayi yang menghidap kecacatan tiub neural
4) Orang dewasa;
  • Anemia
5) Bayi dan kanak-kanak
  • Kadar pertumbuhan yang perlahan
TIPS UNTUK MENGEKALKAN ASID FOLIK DALAM MAKANAN
Asid folik mudah larut di dalam air dan jika anda memasak makanan terlalu lama, ia akan memusnahkan folik asid yang terdapat dalam sumber makanan tersebut. Oleh itu, anda adalah disyorkan untuk;
  • Memendekkan masa memasak
  • Kurangkan penggunaan air atau kuah dalam masakan ( Dahlah, suka sangat makanan yang berkuah-kuah ni)
  • Masak secara kukus atau menggunakan ketuhar gelombang mikro
  • Pilih makanan atau sayuran yang segar
KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL ASID FOLIK SEMASA MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN BAYI

1) Untuk menampung keperluan folic acid yang tinggi semasa mengandung memandangkan bayi dan ibu sama-sama memerlukannya bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan
2) Asid folik yang diambil melalui makanan mungkin tidak mencukupi
3) Asid folik tidak cukup kerana makanan yang dimasak sudah kurang nutrisinya
4) Pengambilan ubat-ubatan yang kerap juga mampu mengurangkan asid folik di dalam badan

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Kota Kinabalu, Kolombong, Papar, Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda berminat dengan produk Shaklee atau apa-apa mengenai penulisan saya di blog ini. Saya akan berikan KONSULTASI PERCUMA DAN CARA PEMAKANAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BETUL hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share