RESEPI MUDAH POTATO FRITTERS

Salam semua.. Mesti hairan kan, kenapa tiba-tiba cerita pasal resepi pula dalam blog ni.. Hehe… Sejak tukar nama blog www.keluargahebat.com ni, rasa macam mahu kasi masuk semua tentang kisah kehidupan keluarga kami bersama Shaklee. HIhi.. Tulah ada resepi ni. Bukan apa, mahu bagitau yang resepi ni mudah dan sihat. Sangat sesuai bagi kat anak-anak. Bahan-bahan pun mudah,bahan-bahan yang senang didapati dari dapur rumah kita. Anyway, terima kasih buat sahabat saya Puan Lilik Yatik Raiman sebab share resepi ni di facebook. Disebabkan nampak mudah ja mau buat, teruslah si Ummi excited buat untuk anak-anak..Hihi.. So, jom try resepi mudah ni…
POTATO FRITTERS
Bahan-bahan
3 biji kentang (disagat halus. Saya potong kecil-kecil sebab tiada alat untuk sagatkan kentang 🙂 )
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum

1 biji telur

Daun bawang
Serbuk lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara penyediaannya
~ Satukan kentang yg telah dipotong kecil  atau di sagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto dan gaul sehingga sebati

Ni gambar masa adunan tadi digaul. Tidak perlu air sebab kentang tu sendiri dah berair

~ Panaskan minyak. Masukkan adunan tadi menggunakan sudu makan ke dalam kuali. Goreng agak leper…balik-balik kan…tunggu sampai masak dan angkat.

Sedap dimakan bersama sos 🙂


Saya buat ni tanpa daun bawang. Kalau ada daun bawang lagi nampak cantik rasanya. Memang daun bawang jarang kitorang guna. Dan saya terlebih tepung masa buat yang ni. Kurangkan tepung lagi bagus agar lebih terasa kentangnya. Tapi terlebih tepung pun, habis juga Potato Fritters ni oleh si Fyrash dan babahnya.. Hihi..

Selamat Mencuba

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

One thought on “RESEPI MUDAH POTATO FRITTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge