PETUA PUDARKAN PARUT JERAWAT

Sebenarnya ada beberapa cara yang saya dengar dan baca tentang cara untuk pudarkan parut jerawat

Salah satunya adalah menggunakan lendir daun lidah buaya. Cari daun lidah buaya dan belah. Selepas itu, ambil lendirnya dan letakkan di seluruh muka. Sebaiknya biarkan semalaman dan bilas keesokan harinya. Cara ini dikatakan mampu membantu memudarkan parut jerawat dan mengecilkan liang roma muka.

Saya teringat satu cara yang sahabat saya kongsikan. Sahabat saya ini orangnya cukup manis, berkulit putih dan memang tiada langsung cela jerawat atau jeragat. Ketika itu kami berada di sekolah menengah. Kerana kagum akan kulitnya yang cantik, saya lantas bertanya apakah rahsia kulit cantik beliau.

Sebelum itu, saya ingin titipkan Al-Fatihah buat arwah sahabat saya ini. Kerana beliau telah pergi menghadap Illahi beberapa tahun lepas. Terima kasih sahabatku arwah Salfarina Luqman kerana tips mu ini. Sesunguhnya saya merindui senyuman yang selalu manis itu sahabat 🙁 . Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Arwah Sal berasal dari ranau. Setiap kali dia senyum, hati saya memang cair melihatnya. Berkulit putih dan berlesung pipi. Lantas, beliau berkongsi tips menghilangkan jerawat beliau dengan saya.

Mula-mula sediakan air panas di mangkuk. Selepas itu, panaskan muka di atas air panas itu. Macam buat sauna muka. Sebaiknya bungkus muka dengan kain semasa membuat sauna muka ini agar haba air panas itu tidak cepat sejuk. Biarkan muka anda bersauna selama beberapa minit. Anda akan terasa panas sedikit. Biarkan sehingga muka anda berpeluh. Proses ini membantu liang-liang roma muka anda terbuka. Selepas muka berpeluh dengan banyak, cuci muka denga air biasa. 

Selepas itu, ambil putih telur dan lumurkan di selurah muka seperti Mask. Setelah beberapa minit, putih telur di muka akan menjadi keras. Jadi, anda dinasihatkan untuk tidak bercakap agar memastikan proses merapatkan liang roma muka ini berjalan dengan lancar.



Sekiranya anda boleh bertahan, anda boleh melakukannya sebelum tidur dan bilas muka keesokan harinya. Tapi sekiranya tidak dapat bertahan, anda boleh cuci muka selepas beberapa jam.

Saya telah mencubanya dan selepas itu kulit saya rasa lebih segar dan rasa tegang. Mungkin sebab pakai Mask putih telur tu tadi.. 🙂 

Selain itu, amalkanlah membaca Al-Fatihah dan niatkan agar wajah kita selalu sihat dan ceria. Selepas membaca al-Fatihah, hembuskan pada tangan dan sapukan pada muka. InshaAllah

Saya juga suka cadangkan kawan-kawan untuk mengamalkan SENYUM SELALU. Muka yang murung akan menyebabkan kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Berfikiran positiflah selalu agar hidup kita lebih ceria dan tidak stres. Ingat ya, stres antara penyumbang kepada masalah kulit muka.

Anda juga boleh mengamalkan Set Kecantikan Shaklee bagi membantu mengurangkan parut jerawat di muka ini. Ikuti entry saya selepas ini mengenai SET KECANTIKAN ATAU SET PUDAR JERAWAT SHAKLEE INI

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee atau apa sahaja berkaitan penulisan saya di dalam blog ini di talian berikut;
Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

2 thoughts on “PETUA PUDARKAN PARUT JERAWAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge