KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG??? Hihi.. Suka tajuk ni sangat-sangat. Ok, ini adalah tajuk bagi CABARAN BLOGGING 30 HARI 30 POST Group Great Men and Moms Inside ( GMI)  Shaklee kami.. Suka tajuk ni sebabnya saya memang suka tulis di blog. Blog bagi saya bukan sahaja tempat saya berurusniaga, ia juga tempat saya berkongsi ilmu dan yang paling penting ia juga tempat saya menyimpan kenangan. Yalah, manalah tahu kot-kot satu hari nanti memori hp hilangkah, mau refresh-refresh ilmu dulu-dulu ka, boleh buka blog balik untuk baca dan tengok gambar-gambar semula. Sebab dia tidak akan hilang melainkan saya yang buangkannya 🙂

Antara sebab saya suka menulis di blog adalah kerana saya memang suka menulis. Buat sesiapa yang mengikut perkembangan saya di FB, mungkin sudah mengetahui yang saya sekarang tengah BERCUTI TANPA GAJI selama tiga bulan. So, selama tiga bulan, actually sebenarnya sejak daripada berpantang lagi saya mula aktifkan diri saya dengan berblogging semula. Jadi macam satu kewajipan sudah mengupdate blog ni. Kalau 1 hari tidak update, macam tidak senang rasanya. Hihi..Dulu-dulu update pasal Shaklee sahaja, sekarang saya masukkan kisah kehidupan kami yang banyak beruah setelah bersama Shaklee 🙂

And for info, saya sebenarnya seseorang yang suka bercakap. Haha.. Saya seronok meluahkan idea saya. Thats why blog ni bagi saya adalah satu medium saya menyampaikan idea-idea saya ni. Dulu-dulu masa sekolah, saya ni selalu ikut Pertandingan Reka Puisi, Sajak, pantun dan pernah menulis suka-suka cerpen-cerpen untuk tatapan sendiri. Kira orang-orang bahasalah. Rindu mau tulis puisi. Lama sangat dah tinggalkan hobi yang satu ni 🙂

Ok.. Mau bagi satu puisi untuk kamurang..

INDAHNYA MENULIS KERANA ALLAH

Aku menulis kerana cinta
Aku menulis kerana sayang
Aku menulis kerana kasih 
dan  Aku menulis kerana Allah

Indahnya menulis kerana Allah
Indahnya menulis kerana cinta
kerana cinta hadirnya suka
kerana suka wujudnya sayang

Sayang perhubung silaturrahim
Dari mata turun ke hati
dari hati bersinar cahaya
Dakwah tersebar dek kerana sebuah bicara

Ikhlas menjadi sebuah tiang
Tiang penanda ke arah kasih Illahi
Memberi dengan sepenuh hati
Moga diberkati

Salam sayang dari saya untuk semua yang sudi membaca di blog ini.. 🙂

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

5 thoughts on “KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG

  1. Jalan di sini. Papaglamz suka menulis blog sebab ad tempat yang papaglamz boleh luahkan n sharing. Yela keje Papaglamz dlm makmal jer. Kekadang boring jgak. So, ble ad blog ni, blh berBW then blh wat review2. Seronok. Jmpe kwn2. Sharing.

    Jom menglamz kn diri di blog Papaglamz.. Heheje

    http://www.papaglamz.com/?m=0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge