KENAPA SAYA SUKA ESP SHAKLEE

Selamat malam semua.. Entry kali ini saya mahu kongsikan KENAPA SAYA SUKA ESP SHAKLEE. Sebenarnya ini adalah tajuk entry untuk CABARAN BLOGGING 30 HARI 30 POST kami. Ngam-ngam lagi bulan ni Promosi ESP beli 6 PERCUMA 1, so entry ni memang sangat sesuailah.

Ok, kalau sesiapa yang mengikuti blog saya ini mungkin tahu yang saya memang consume ESP dan suka sangat-sangat ESP ni. Mungkin anda juga tahu yang saya mula consume ESP  untuk membantu memperbanyakkan susu yang saya perah untuk anak setiap kali keluar bekerja. So, hari ni saya akan kongsikan SEBAB UTAMA saya terus konsisten dengan ESP sehingga ke hari ini.

Sebenarnya selepas saya consume ESP, selain susu ibu yang saya rasakan semakin bertambah, saya juga rasakan yang badan saya semakin bertenaga. Saya dapat rasakan yang saya TIDAK MUDAH PENAT. Kenapa saya tekankan tentang tidak mudah penat adalah kerana saya merupakan ibu yang bekerja pada ketika itu, yang masih menyusukan 2 anak secara serentak dan perlu mengepam susu semasa bekerja perlukan tenaga yang banyak agar saya dapat menjaga anak-anak, bekerja dengan cemerlang dan dalam masa yang sama dapat mengepam untuk anak-anak tersayang.. 

Sesiapa sahaja yang mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada anak mereka akan merasa badan cepat letih setelah menyusukan anda dan akan cepat berasa lapar. 

Secara jujurnya, memang saya agak stres bila berada di dalam keadaan ini kerana saya tidak mempunyai maid dan dalam waktu yang sama perlu melakukan kerja rumah setelah penat balik dari kerja

Setelah saya mengamalkan ESP, saya dapat rasakan yang badan saya bertenaga yang mana menyebabkan saya mampu melakukan banyak kerja dalam sehari, mengepam dengan jayanya, tidak terlalu penat selepas pulang dari kerja dan dalam masa yang sama dapat menyusukan anak saya secara serentak dengan gembira.

Dari dulu saya memang suka buat ESP MIX MILO, Suami pula suka mix dengan Performance Drink 🙂

Bila kita tidak mudah penat, kita juga tidak mudah stres. Bila kita tidak mudah stres, kita dapat menyelesaikan banyak perkara kerana kita dapat berfikir dengan tenang dan tidak dipengaruhi dengan emosi yang tidak stabil.

Kalau malas atau mahu cepat, saya just mix dengan air kosong ja. Rasa macam susu tawar. Tapi sedap!

Kebiasaannya saya akan mengambil ESP sebelum sarapan. Ini kerana selalunya saya agak lambat mengambil sarapan dan saya jadikan ESP sebagai pengalas perut. 


Sekiranya saya tidak mengambil ESP dalam sehari, badan saya sangat mudah untuk berasa penat dan buat saya cepat stres. Cepat stres membuatkan saya mudah untuk marah anak atau mudah untuk terlelap yang mana bagi saya terlelap adalah perkara yang saya mesti elakkan kerana saya perlu menjaga anak-anak yan masih kecil yang memerlukan pemantauan dan perhatian yang lebih.

Saya juga suka bereksperimen dengan mencampurkan ESP dengan macam-macam. Mau rasa apa yang sesuai dengan diri sendiri. Dalam gambar ni, saya mix ESP  + VIVIX + COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Itulah juga sebabnya saya konsisten consume ESP sehingga kini. Saya memang perlukan tenaga yang banyak agar saya mampu menjaga 3 orang anak saya yang masih kecil dan dalam masa yang sama dapat melakukan business Shaklee dari rumah.


Terbaru, saya suka mix ESP dengan Orange Juice Marigold dan Vivix. Sedap! 🙂


Mahu try ESP? Boleh sangat-sangat puan2 dan tuan2.. Hihi.. Kebetulan PROMOSI produk Shaklee bulan ni adalah ESP, so sangat-sangat banyak penjimatan jika anda beli ESP sekarang..

Jom! Hubungi saya terus jika ingin mendapatkan HARGA ISTIMEWA ya!

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya segera! Saya akan guide anda sebaik mungkin sekiranya anda ingin menjadi Pengedar Shaklee yang berjaya 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge