DI MANA SAYA SUKA BAWA ANAK-ANAK SAYA HABISKAN MASA

Fuhhh.. Baru satu hari tidak ter’update’ di sini, macam lamaaa rasanya.. Hihi.. Hari ini saya ingin kongsikan tentang di mana saya suka bawa anak-anak saya habiskan masa..

Terus terang, walaupun kami selalu juga bawa anak-anak main di playground berbayar di One Borneo tu, rasanya orang-orang Sabah memang tahu tempat tu dan kadang-kadang bawa jogging dekat dengan taman rekreasi di rumah ni, tapi saya sebenarnya dan saya rasa anak-anak saya pun suka bila kami bawa dorang balik kampung. Sama ada balik ke kampung sebelah saya atau keluarga suami. Dua-dua pun best. Sebabnya, bila balik kampung anak-anak akan dapat meluangkan masa bersama nenek dan datuk dorang yang memang akan layan ja kehendak dorang, jumpa cousins, uncles n aunties dorang yang selalu bawa dorang bermain. Kami pun suka sebab sejak berkeluarga ni, bersama keluarga adalah salah satu perkara yang mesti kami buat hampir setiap hujung minggu.. Eh, dari masa bujang lagi sebenarnya 🙂

Rasanya semua pun setuju bukan? 🙂

Jom layan gambar-gambar kami bersama keluarga ketika Majlis Aqiqah dan Gunting Rambut Putri kesayangan kami.

Putri kami, Fathanah Nur Eimani. Pengantin hari tu 🙂

Keluarga kecil kami. Jangan hairanlah kalau tengok muka Furqan tu macam-macam. Memang macam tulah dia.. Tengok mood kalau mahu bergambar Hihi..


Kami selepas selesai majlis
Furqan dan Fyrash dengan cousins dorang. Abang Aiman, Kaka Aira dan Abang Taufiq

Jangan tak percaya. Semua budak perempuan dalam gambar ni adalah makcik-makcik dorang.. Hihi.. Tapi memang tiadalah panggilan aunty tu. Yang ada Kakak ja.. Kak Bibi, Airis dan Damia

Dengan Mummy dan adik-adik.. & cousins


Keluarga sebelah suami

Keluarga sebelah mummy.. Saya ni berketurunan Bajau + Sino Kadazan. So, dalam adik-beradik mummy, mummy sorang ja masuk islam. Kira family multi racial la 🙂

Keluarga sebelah Dadi. Orang-orang kuat dapur 🙂


Terima kasih pada yang hadir dan bersama-sama bergotong royong menjayakan majlis kami ini. Walaupun penat tapi masa inilah yang sangat seronok. Dapat berkumpul bersama keluarga memang seronok dan we enjoy the moment together.

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya segera! Saya akan guide anda sebaik mungkin sekiranya anda ingin menjadi Pengedar Shaklee yang berjaya 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge