AIDILADHA BERSAMA KELUARGA

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha kawan-kawan. Lambat post sehari entry ni. Semalam ummi tertidur masa menyusukan Si Putri sedangkan masa tu sudah sedia gambar-gambar yang mahu ummi post di sini. Penat sangat kelmarin. Keluarga di kampung buat kenduri pagi dan lepas Zohor tu terus buat sukaneka untuk kanak-kanak. Penat bukan apa sebenarnya, penat sebab excited anak ikut sukaneka.. Haha..


SALAM AIDILADHA DARI KAMI SEKELUARGA 🙂


Hari ini saya teruskan CABARAN BLOGGING 30 HARI 30 POST kami dengan tajuk AIDILADHA BERSAMA KELUARGA. Seronok sebenarnya setiap kali balik kampung. Tidak kiralah sebab AIdiladha ka atau sebab bercuti. Seronok bila jumpa dan berkumpul dengan keluarga, parents dan adik-beradik kitakan. Lagi-lagi masa si ummi yang sekarang ni tengah jadi WAHM (WORK AT HOME MOTHER) ni. Yalah, jarang keluar rumah kan. So, bila balik kampung rasa seronok betul 🙂

Seronok betul bila anak-anak join Sukaneka. Walaupun tidak menang, tapi siok bila tengok dorang happy. Ok, Saya kongsikan beberapa gambar masa sukaneka kami k. 


Bergambar dengan keluarga sementara menunggu games bermula


Ini kes boring menunggu ni.. Haha. Sudah bergambar semua kawan-kawan dorang pergi bermain. Tinggal SI Fyrash sorang-sorang tunggu di situ

Ummi yang seronok tengok dorang berbaris mahu ikut games. Hihi..

1st Game. Isi air dalam botol. Buyuk babah ni. Tolong Furqan pegang botol masa isi air.. Haha..

Fokus Furqan..Fokus!! Isi air betul-betul masuk dalam botol

Inilah hasilnya.. Seronok dia tapi kasihan dia. Lepas tu makcik dia tertolak botol dia. Terus air tumpah. Apa lagi, mood mauhu bermain pun terus kurang. Cian Furqan..

Dorang mau ikut Games tiup belon. Babah tengah ajar macamna tiup belon. Tapi tidak jadi juga ikut. Sudah siap Babah tiup belon terus dorang kesiokan main belon pula

Acara Musical Chair. Masa ni mood Furqan sudah kurang. Tiada lagi mood mau ikut games

Hihi.. Acara yang mula-mula Furqan ikut adalah kumpu gula-gula terbanyak. Sempat ummi ajar masa dia tengah dalam games macamana kumpul gula-gula tu..Haha.. Tapi gamabr tiada pul asebab ummi excited mngajar dia kumpul tu gula-gula. Haha.. Walaupun tiada satupun antara games ni yang Furqan menang, ummi tidak kisah.. Yang penting anak-anak seronok.. Ummi dan Babah lagilah rasa seronok 🙂

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya segera! Saya akan guide anda sebaik mungkin sekiranya anda ingin menjadi Pengedar Shaklee yang berjaya 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

2 thoughts on “AIDILADHA BERSAMA KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge