TIPS MUDAH MENAIKKAN BERAT BADAN BAYI

Alhamdulillah..kini Putri berusia 53 hari..Seronok sangat ummi, sebab ada sudah kawan pakai baju bunga-bunga, girlish style dan merah-merah pink-pink..hehe..Ummi ni memang selalu over..

Ok, since ramai yang tegur pasal badan Si Putri yang agak ‘semangat’ tu, so saya mau share kan tentang TIPS MUDAH UNTUK MENAIKKAN BERAT BADAN BAYI. Masa lahir  berat Putri adalah 2.9kg dan selepas sebulan berat Putri suda naik ke 4.2kg.. Syukur sangat-sangat.. Ramai juga yang tegur dia nampak macam bayi berusia 3 bulan 🙂

Gambar terbaru Putriku dan abg Fyrash
Antara tips yang saya amalkan untuk bayi tersayang saya ni adalah;

1) Menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu
Bila menyusukan anak dengan susu ibu, kita tidak risau tentang anak akan obesiti sebab kandungan susu ibu itu sudah lengkap kandungannya untuk bayi. Selain tu, bila kita direct feed kan dorang, bayi akan rasa lebih rapat dengan kita. Bila dorang rasa rapat dengan ibu, mudah untuk bayi merasa kasih sayang kita dan secara semulajadinya akan membantu bayi berasa penuh kasih sayang dan terlindung.. Rasa seperti ini perlu agar mereka sentiasa happy dan gembira.

2) Melebihkan SUPPLY daripada DEMAND
Supply dan demand adalah anatara benda penting dalam penyusuan susu ibu dan bayi. Selalunya bila bayi demand untuk menyusu baru kita akan supply susu dengan bayi. Tapi adalah lebih baik sekiranya anda selalu atau kerap OFFER susu dengan bayi tanpa tunggu bayi demand for it. Bila tengok bayi macam relax dan anda rasa bayi tidak mahu menyusu , why don’t terus offer susu dengan bayi. Mesti dorang mahu tau.. Percayalah! Try it!

3) MENGURUT BAYI
Semasa Fyrash lahir dengan berat 2.0 kg, saya dan suami sangat risau dan berfikir bagaimana untuk naikkan berat badan Fyrash selain memberikan susu ibu. Walaupu saya dah amalkan mengurut bayi sejak dari kelahiran Furqan lagi, tapi kali ni saya rasakan urutan bayi kepada Fyrash perlu dilakukan lebih kerap agar Fyrash rasa lebih happy, segar dan dekat dengan saya. Alhamduliilah, saya kerapkan mengurut Fyrash dan mengambil masa yang lebih lama semasa mengurut Fyrash. Begitu juga saya lakukan dengan Putri saya. Sentuhan dari kulit ke kulit ini ternyata sangat berkesan dalam menaikkan berat badan bayi kerana ternyata bayi sangat sukakannya

Happy lepas siap mandi!
4) PANDANG BAYI DENGAN KASIH SAYANG DAN PELUKLAH MEREKA SELALU
Nyatakan kasih sayang anda dengan bayi. Peluklah mereka, zahirkanlah kasih sayang anda. Ia sentiasa berbaloi.. 🙂

Senyum-senyum lepas kenyang 🙂
5) PASTIKAN BAYI SENTIASA KENYANG DAN SELESA
Pastikanlah bayi benar-benar kenyang. Lebih lama bayi menyusu lebih baik kerana susu yang terhasil akan menjadi susu yang lebih berkhasiat. Pastikan bayi ‘bruulpp’ selepas menyusu dan tidur dengan selesa. Bayi yang kenyang dan selesa adalah bayi yang gembira

6) MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Makanlah makanan berkhasiat untuk menghasilkan susu ibu yang sihat dan berkualiti. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan minuman berais dan sejuk. Tidak salah mengikut pantang orang tua kerana pantang orang tua ni kadang-kadang baik untuk diri kita..Dan saya pula amalkan suplemen Shaklee agar susu yang terhasil lebih berkualiti

InshaAllah, jika ibu-ibu amalkan tips-tips di atas, ia boleh membantu menaikkan berat badan bayi. Mungkin ibu yang punya anak ramai seperti saya berasa agak susah untuk luangkan masa dengan bayi lebih lama tapi memintalah dan berdoa agar Allah mudahkan penyusuan kita untuk bayi.. InshaAllah..

Semua tips ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Sesiapa lagi yang ada pengalaman atau tips untuk menaikkan berat badan bayi, bolehlah share dengan kami.. Sama-sama kita membantu ibu-ibu yang mungkin risau dengan perkara ini..

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee dengan ID 592034 di Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Shaklee atau sebarang maklumat tentang tips atau perkongsian saya di dalam blog ini melalui ;

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge