PERBEZAAN BERPANTANG DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Alhamdulillah.. sudah habis 44 hari berpantang saya. Bermakna sudah 46 hari saya menjadi ibu kepada 3 orang anak. FUrqan ,Fyrash dan Fathanah ..Seronoknya bila setiap pagi dan hari ada bau-bauan baby kecil ni di rumah. Abang-abang dia dah besar dah, bau pun dah lain.. tapi Ummi masih suka cium dorang. Cuma bau baby kecil ni lain.. Wangi aja..hihi..

Hari ni, saya mahu kongsikan tentang perbezaan yang saya rasa bila berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.. KIra nila 1st time saya benar-benar menggunakan Set Berpantang Shaklee berbanding dengan kelahiran sebelum ini..

Energizing Soy Protein (ESP)
Saya mesti ambil ESP ni setiap hari sebelum sarapan dan sebelum dinner. Selalunya pada waktu pagi saya sibuk menguruskan anak-anak sampai tidak sempat untuk sarapan awal. So, selalunya saya shake ESP dan Milo untuk beri tenaga pada saya di awal pagi dan supaya tidak lapar sangat. Begitu juga pada waktu malam. Ambil before dinner agar saya ada tenaga dalam menyiapkan makanan untuk dinner. Yang saya perasan juga, kuning anak juga mudah turun bila saya amalkan ESP. Since 2 anak before ni saya cuma ambil vitamin dan tidak amalkan ESP, kuning dorang memang tinggi. Dan kalau saya ter’skip’ ESP memamng kuning anak tidak turun banyak. Pastu yang pastinya rambut pun makin cantik, apa lagi kulit 🙂



Vita-Lea
Saya sangat suka Vita-Lea Shaklee ni..Kalau terskip ambil dia, mmg badan rasa tidak bertenaga. Selalunya saya pastikan saya ambil Vita-Lea after breakfast sekali dengan B Complex dan Vit C sebab saya mau bertenaga dari awal pagi. Since ada 3 anak mau dijaga ni, so saya kena bangun dan bekerja di rumah awal pagi. So saya sangat perlukan tenaga yang banyak supaya mampu menguruskan rumah dan anak-anak dan yang pastinya Vita-Lea membantu saya agar tidak mudah lapar ^_^


B Complex
Suplemen anti-stress.. Saya ambil awal pagi supaya saya tidak mudah stres melakukan banyak kerja di rumah. Pengambilan B Complex banyak membantu saya menjana tenaga lebih

SR Vit C
Terbaik digabungkan bersama Vita Lea agar Vita Lea dapat menyerap ke dalam tubuh dengan lebih baik. Saya perlu ambil Vit C ini bagi mempastikan badan saya kuat dan tidak cepat jatuh sakit. Tidak afford untuk jatuh sakit sekarang, nanti kasihan dengan husband kena jaga 3 orang anak. Dengan anak-anak yang masih breastfeed, saya tidak boleh, mudah jatuh sakit

Ostematrix
Sejak mengandung ke-3 ni saya terpaksa ambil Ostematrix ni 6 biji. Sebabnya, jika saya terkurang ambil dari 6 biji, gigi akan cepat berdarah dan belakang akan mudah sakit. Kalau ambil 6 biji, baru ok.. Dan Ostematrix bantu saya agar tidak mudah lapar semasa menyusukan bayi tengah-tengah malam.


Alfalfa Complex
Saya memang pengamal tegar Alfalfa ni. Salah satu sebabnya adalah disebabkan resdung saya ini. Sejak amalkan Alfalfa memang masalah resdung saya berkurangan. Selain tu, saya ambil Alfalfa kerna ia salah satu Milk Booster yang hebat. Lepas ja ambil Alfalfa, breast selalunya akan cepat penuh..Jadi, tidaklah stress bila anak-anak balik-balik menyusu dan kita rasa susu kurang..hihi..


Zinc Compelx
Suplemen yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Walaupun doktor bagitahu yang tiada koyakan di temapt melahirkan anak, tapi risau juga saya. Manalah tahu ada luka atau koyakan di mana-mana. Yang di dalam badan manalah kita tahukan.. So, saya ambil ja 1 biji 1 hari bagi membantu mempercepatkan penyembuhan luka di mana-mana. Sambil-sambil tu, ia juga sebagai langkah pencegahan awal agar rambut tidak gugur..hihi. Risau juga kalau rambut gugur lepas beranak ni. Rasa macam gondol ja kepala ni lepas Furqan beranak dulu..


GLA Complex
Since kali ni lepas beranak saya rasa sakit yang teramat sangat di bahagian rahim, saya ambil GLA Complex untuk bantu keluarkan darah-darah beku dari rahim tu. Nurse kata saya rasa sakit tu sebab masih ada darah beku. Risau jugalah sebab masa abang-abang dia lahir dulu, tiada pula saya rasa ngilu dan sakit di bahagian rahim. Tapi lepas berurut hari tu, bidan bagitahu yang peranakan saya terturun. Maybe sebab terlalu meneran. Almaklumlah, si Putri ni kira besar juga. berat 2.9kg..abang-abang dia lebih ringan dari dia masa lahir. 

Tapi ok juga ambil GLA ni..Darah memang cepat keluar, darah beku pun cepat tiada.. GLA memang bagus juga untuk stabilkan hormon dalam badan. Jadi tidaklah rasa mau meroyan..hihi


Secara keseluruhannya, apa yang saya rasa sangat berbeza dengan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE ni adalah rasa tidak cepat penat selepas melahirkan anak. Almaklumlah, anak dah 3 orang. Mana mau jaga yang baru lahir lagi, mau jaga abang-abang dia yang aktif tu lagi.. Badan pun rasa fresh, tiada rasa lemah-lemah macam masa melahirkan abang dia yang pertama dulu. Tidak mudah stress dan tidak mudah melenting.. hihi..

Ok, sekian perkongsian saya hari ini.. Hihi.. Mau siapkan entry cepat sikit sebab mau mandikan Si Putri sekejap lagi. Siapa-siapa mau share pengalaman dan perbezaan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, boleh ja komen di post ini. Kita kongsi-kongsi pengalaman 🙂

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk menjadi ahli Shaklee. Saya akan guide anda sebaik mungkin sekiranya anda ingin menjadi Pengedar Shaklee yang berjaya 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge