LAHIRNYA PUTERI KAMI DAN TIPS MUDAH BERSALIN

Alhamdulillah.. Genap 38 minggu 2 hari mengandungkan Puteri Tersayang, akhirnya lahirnya Fathanah Nur Eimani di dunia pada 1 Julai 2014, 3 Ramadhan.. Syukur saya panjatkan kepada Allah kerana kami dikurniakan seorang Puteri dan perjalanan melahirkan si gadis comel ini Allah permudahkan dan percepatkan..

Fathanah dan babah..emmuahhh..
Alhamdulillah.. Suami ada di sisi saya semasa saya melahirkan. Masa melahirkan Furqan pun suami ada bersama juga, cuma masa lahirkan Fyrash ja suami tidak sempat masuk tengok saya disebabkan tidak sempat sampai hospital.. Seronok tau bila suami ada. Kita jadi lebih kuat dan dapat dirasai sokongan yang suami berikan di saat kita menghadapi kesakitan melahirkan anak. Selain tu, lepas beranak selalunya kita akan letih. So, suamilah yang banyak bantu untuk kita bangun, jaga kita dan banyak lagilah.. So, sapa-sapa yang mahu suami join sekali masuk labour room bagus ikut kursus Father Friendly. Memang tidak rugi langsung. Yang bestnya kali ni doktor bagi suami potong tali pusat c baby :)..

Sedikit tentang kisah kelahiran Fathanah pada 1 Julai 2014, 3 Ramadhan 1425H..

Kira-kira jam 9.00 pagi tengah saya menyusukan Fyrash, tiba-tiba macam terasa air ketuban pecah. Masa tu terus saya berdiri dan air ketuban terus mengalir dengan banyaknya. Dengan segera saya terus call husband untuk membawa saya ke hospital. Dalam jam 9.20 pagi, husband datang dan terus kami bergegas ke hospital. Sempat juga kmi hantar Fyrash ke taska. KIra-kira jam 10 pagi kami sampai ke hospital dan kami dibantu oleh Pengawal keselamatan di kecemasan yang menghantar saya terus ke bilik penilaian sementara husband parking kereta. Masa tu contracton sudah kerap dan setelah doktor check bukaan saya sudah 5cm.. Selang beberapa minit lagi, sekali lagi doktor check dan bukaan saya sudah 8cm. Terus saya dihantar ke labour room. Dan gembiranya saya nampak suami di luar bilik penilaian. Saya gembira kerana saya mahu pastikan husband bersama saya di labour room ketika melahirkan bayi kami..

11.20am, kami sudah di dalam labour room. Bila ja contraction berlaku saya terus ajan.. Setelah 3 kali percubaan mengajan, akhirnya lahirlah puteri kami. Husband dibagi penghormatan untuk memotong tali pusat bayi kami. Masa tu, sempat lagi doktor bertanya

‘ Puan, di rumah anak-anak apa?’
‘ Boys, doktor’ saya jawap
‘Kalau kali ni pun boy, macamana?’
‘ tidak apalah doktor. mana-mana pun ok’..jawap saya sambil senyum

Lepas tu doktor terus angkat baby dan letakkan di dada saya.. Tersenyum juga saya bila tahu yang kami dapat girl kali ni. Alhamdulillah..yang ajaibnya, dia terus pandai menyusu. Dulu, semasa melahirkan Furqan agak susah kami berdua untk memulakan penyusuan mungkin disebabkan  kurangnya pengalaman saya. Dengan si Fyrash pula, penyusuan susu ibu lambat dimulakan kerana dia ditahan di wad kanak-kanak premature dan dengan mulut yang kecil memang kami sama-sama struggle untuk memulakan penyusuan. Tapi puteri kami ni, terus memulakan penyususan dengan mudahnya selepas lahir. Alhamdulillah..

Ada teman-teman yang bertanya, apakah yang saya amalkan supaya cepat dan mudah bersalin.. Saya sharekan di sini ya.. Antaranya;

1) Amalkan Surah Al-Maryam. Surah ini memang saya amalkan sejak mengandungkan Furqan. Dan benar, saya memang mudah bersalin sejak melahirkan Furqan lagi
2) Berdoa – Minta dengan Allah untuk mudahkan dan percepatkan kita bersalin. Amalkan
3) Berurut – Urut badan supaya badan kekal cerdas semasa melahirkan
4) Air selusuh – Air selusuh saya adalah bacaan ayat-ayat al-Quran yang saya minta dengan Ustaz di office
5) Mohon suami doakan kita cepat bersalin dan minta maaf dengan beliau
6) Sentiasalah bersihkan hati dan berfikiran positif. Melahirkan anak memang pengalaman yang agak ‘menyakitkan’, tapi janganlah fikir yang bukan-bukan.. Sentiasalah berzikir
7) Semasa hendak melahirkan, zikirla AL-HAFIDHU sebanyak mungkin
8) Makanlah makanan dan minum berkhasiat agar badan kita sentiasa bertenaga

Baik juga amalkan Surah Luqman agar anak bijak, Surah Yasin agar anak dijauhkan dar maksiat, Surah Yusuf agar anak cantik diri dan akhlaknya..

Terima kasih atas semua ucapan anda atas kelahiran Puteri kami ini.. Ucapan dan doa anda sangat kami hargai 🙂

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Sila hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui  dengan lebih lanjut tentang produk SHAKLEE..

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge