SET IBU BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE BUAT IBU KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPANTANG

Alhamdulillah.. Saya kini mengandung 36 minggu 1 hari.. Nurse di KKIA kata 36 minggu ni kira ‘TERM” sudah.. Kira cukup bulanlah..So sekarang saya dikira tengah ‘menunggu hari’. Kepala baby pun engaged dah.. So bila-bila masa boleh bersalin.Moga Allah permudahkan kami nanti. Aminn..

Actually due saya 13 Julai ni.. Lagi 1 bulan.. Tapi dari pengalaman saya sendiri, selalunya saya akan bersalin lebih awal dari due yang doktor jangkakan. Furqan lahir awal 2 minggu dan Fyrash lahir awal 1bulan lebih..hihi.. Suka betul anak-anak ni lahir awal nak tengok dunia 🙂

Ok, dalam persiapan saya menyediakan barang-barang keperluan untuk bersalin nanti saya tidak lupakan SET BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE saya.. Oh, ya! Sebelum saya kongsikan apakah SET BERPANTANG LENGKAP saya ini, suka saya kongsikan kepada ibu-ibu di luar sana untuk menyediakan keperluan bayi dan ibu seperti berikut dan standby letak dalam kereta agar mudah dan terus  boleh bawa pergi hospital nanti.. Antaranya;

1) Baju baby
2) Lampin atau pampers
3) Tuala baby
4) Sarung tangan dan sarung kaki
5) Minyak kayu putih – Apa-apa minyak kesukaan anda pun boleh 🙂
6) Krim baby
7) Baby wipe – sangat penting ok.. Lepas baby lahir, dorang selalunya akan kuat berak dan kencing.. So kena bersihkan dorang dengan lebih kerap
8) Topi, saputangan atau tuala kecil untuk tutup kepala baby nanti

Keperluan ibu pula;

1) Baju
2) Kain sarung
3) Stokin
4) Pad
5) Pakaian dalam
6) Set Berpantang – Kalau beg tidak muat, letak siap-siap dalam pill box.. Supaya senang mau angkut nanti

Awal saya siapkan keperluan kami anak-beranak 1 beg ni. Sebabnya dulu bila anak ke-2 saya lahir semasa kandungan saya berusia 33minggu, saya memang tidak membuat persediaan yang secukupnya. So, memang agak kelam kabut kami suami isteri bila dia lahir. Jangan lupa juga buku ibu mengandung, pastikan anda bawa di mana-mana.. Kot-kot lah tiba-tiba rasa nak beranak, so boleh terus pergi hospital tanpa risau tentang buku ibu mengandung dan keperluan anda dan bayi.

Ok, seterusnya saya mau sharekan SET BERSALIN TERBAIK saya dengan anda. Sebenarnya saya dulu pernah beli SET BERSALIN dari jenama lain. Tapi akhirnya set tu saya stop ambil since nurse nasihatkan saya untuk stop sementara bila kuning anak saya tidak turun-turun. Bila dah ter’stop’ payah pula mau sambung balik lebih-lebih lagi dia berbentuk herba dan agak berbau bagi saya.. Jadi sayanglah set bersalin yang berharga  ratus-ratus tu terbiar begitu sahaja. Anak ke-2 pula since awal sangat keluar, so saya lambat mulakan pengambilan set bersalin Shaklee. Lagipun masa tu masih ada lagi Vita-Lea, B Complex , Vit C dan Ostematrix yang saya ambil masa mengandung..Masa tu ambil apa yang ada dululah.. Hihi..

So, kali ni saya mau pastikan saya terus memulakan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE ini seawal kelahiran. Kenapa? Sebab antara fungsi-fungsi suplemen yang terdapat dalam set ini adalah untuk mempastikan ibu kekal bertenaga setelah penat melahirkan dan nanti letih pula bangun di malam hari untuk susukan bayi, untuk pastikan luka semasa bersalin cepat sembuh dengan pengambilan Zinc Complex dan yang pastinya menggalakkan pemgeluaran susu ibu yang lebat dan lancar..

SET BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE
SET BERPANTANG /  BERSALIN LENGKAP SHAKLEE

Antara fungsi-fungsi Set Berpantang Terbaik ini adalah;

1) ESP – Pembekal tenaga segera dan Milk Booster – Membantu ibu agar tidak cepat penat selepas melahirkan dan menjaga bayi pada malam hari

2) Vita – Lea – Membantu mengcukupkan vitamin di dalam badan agar ibu mampu membekalkan susu ibu yang berkhasiat buat bayi

3) B Complex- Vitamin yang penting untuk perkembangan otak bayi

4) Vita C – Membantu ibu agar tidak mudah sakit dan mengekalkan kolagen dalam kulit

5) Ostematrix – 4 biji pengambilan Ostematrix membantu memnuhi keperluan kalsium dalam badan ibu memandangkan kalsium adalah antara zat yang paling banyak bay serap daripada susu ibu

6) Zinc Complex – Membantu percepatkan penyembuhan luka semasa bersalin atau beranak

Untuk maklumat lebih lanjut tentang set ini , sila klik di sini..

Fuhh..berdebar juga tunggu hari ni. Tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana kandungan sudah dikira cukup bulan . Sesungguhnya pengalaman melahirkan bayi pramatang adalah suatu pengalamana yang tidak mudah. Oh, ya! Sekiranya anda ibu yang melahirkan pramatang atau premature, anda juga boleh ambil suplemen dalam set bersalin ini sejurus selepas bersalin. Malah lebih baik anda ambil seawal kelahiran memandangkan anda perlu memulakan penyusuan secepat mungkin agar berat bayi cepat naik dan untuk mengurangkan rasa penat kerana perlu menjaga anak di hospital lebih lama dari bayi yang tidak mempunyai masalah pramatang.

Sekiranya anda perlukan konsultasi tentang produk Shaklee yang sesuai dengan anda dan budget anda semasa bersalin, sila terus hubungi saya di talian berikut;

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Sila hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui  dengan lebih lanjut tentang produk SHAKLEE, atau ingin mengetahui tentang Stokis Shaklee atau di mana Shaklee KK ini atau ingin mengetahui ejen Shaklee berdekatan anda. Anda juga boleh menggunakan ID saya (592034), Ereena Hamzah di mana-mana Cawangan Shaklee dan perlu memaklumkan kepada saya agar saya boleh consult anda tentang cara pengambilan Suplement Shaklee yang betul
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge