MEMULAKAN LANGKAH PENYUSUAN SUSU IBU

Salam semua.. Antara persoalan bagi ibu-ibu yang bakal bersalin apabila bayi lahir ialah tentang penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu kini semakin menjadi trend dan menjadi kemestian sekiranya anda bersalin di hospital kerajaan. Bagi anda ibu-iu yang yang akan melahirkan anak pertama, penyusuan susu ibu mungkin menjadi satu ‘beban’ bagi anda sekiranya anda belum bersedia atau tidak mempunyai maklumat yang secukupnya tentang perkara ini.

Saya sudah mengamalkan pnyususan susu ibu ini sejak melahirkan anak pertama saya iaitu Furqan.. Memang pada mulanya saya agak stress kerana baru sahaja bayi lahir, nurse terus memaksa kita untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Saya yang pada ketika itu, memang kurang pengalaman dan ilmu tentang penyusuan suus ibu ini, hanya megikut nasihat nurse. akan tetapi, apa yang saya perasan, dalam masa 3 hari barulah susu ibu saya kelur dengan banyaknya. Sepanjang 3 hari sebelum susu ibu itu keluar, saya kerap bangun malam kerana Furqan kerap menangis dan kadang-kadang saya memberi Furqan minum air. 

Dalam masa yang sama, Furqan mengalami masalah jaundice atau  bacaan kuning yang agak tinggi. Seminggu selepas Furqan lahir, kami ditahan di hospital kerana bacaaan kuning Furqan meningkat sehingga 293 ml. Satu malam saya berada di hospital. Syukur Alhamdulillah, doktor bagi kami pulang selepas semalam berada di hospital keranan bacaan kuning Furqan menunjukkan penurunan yang ketara. Saya  yang kurang pengalaman ketika itu juga hanya mengikut nasihat ibu dan saudara mara apabila mereka mencadangkan saya memberi anak saya susu kambing agar kuning anak saya kurang. Akan tetapi, semua usaha saya tidak berhasil untuk mengurangkan bacaan kuning Furqan. Saya teruskan sahaja penyusuan susu ibu sehingga bacaan kuning furqan menurun selepas Furqan berusia sebulan.

Saya betul-betul menggali ilmu tentang penyusuan susu ibu ketika 2 minggu sebelum saya masuk bekerja. Ketika itu, saya sudah memikirkan susu formula apa yang perlu diberi kepada Furqan. Semasa tengah meng’google’ cloth diaper yang berbaloi untuk dibeli, saya terjumpa blog pengasas Lunatots iaitu puan suraya  Ali yang menceritakan pengalaman beliau teng penyusuan susu ibu. Perlahan-lahan saya membacanya dan perlahan-lahan juga saya semakin berminat tentang ilmu baru ini. Antara ilmu terpenting yang saya belajar adalah pentingnya kolostrum, susu ibu paling awal yang keluar yang Allah ciptakan hanya untuk bayi yang baru lahir. Rupa-rupanya susu ibu yang saya ingatkan tidak keluar semasa 3 hari pertama itu sebenarnya ketika itulah susu kolostrum yang keluar. Susu kolostrum ini dalam kedaan likat dan pekat. Dan ia tidak cair..Sebab itu kadang-kadang ibu rasa tidak ada susu yang keluar kerana kolostrm ini bukan seperti susu ibu biasa yang lebih cair. Sungguh rugi rasanya bila membaca betapa pentingnya susu ibu di awal kelahiran dan sehingga anak berumur 6 bulan. Bayi tidak perlukan apa-apa minuman atau makanan selain susu ibu sehingga mereka berumur 6 bulan kerana susu ibu mempunyai antibodi yang cukup, jumlah air yang sesuai untuk badan bayi dan mempunyai khasiat yang sempurna buat bayi.

Kenapakah susu ibu penting kepada bayi dan ibu?

1) Langkah penting ke arah pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat
2) Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi.
3) Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul untuk bayi
4) Susu pertama ( kolostrum) mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi untuk hari-hari pertama selepas dilahirkan
5) Bantu mempercepatkan pengecutan rahim seleasp bersalin
6) Mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan
7) Membakar lemak badan yang terkumpul semasa mengandung dan dapat mengembalikan badan ke bentuk asal
8) Susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitna telainga dan jangkitan salur kencing
9) Susu ibu juga mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak
10) Melancarkan sistem badan yang membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko diabetes di kalangan bayi dalam keluarga yang mempunyai sejarah masalah ini
11) Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin boleh berlaku dalam kaedah penyusuan lain
12) Susu ibu dapat diberikan terus kepada bayi pada bila-bila masa tanpa sebarang persediaan bancuhan
13) Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi

My Precious.. Kedua-dua cinta jantung saya ini masih menyusu susu ibu sehingga kini 🙂
Mengikut pengalaman saya sendiri pula, menyusukan anak dengan susu ibu membuatkan anak rapat dengan kita. Anak-anak juga jarang sakit dan kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli susu formula. Pendek kata, jimat!! Bila anak menyusu dengan kita, kita akan rasa mengalirnya kasih sayang tu kepada mereka tanpa henti. Tiap kali mereka menyusu, tiap kali tulah mereka memandang ibu mereka dengan pandangan kasih sayang yang sungguh indah. Pengalaman yang hanya dirasakan oleh ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu..Ia menjadi satu moment terindah buat si ibu.. 🙂 ..

Suka saya ingatkan kita semua, jika anda ingin menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya silalah cari ilmu penyusuan susu ibu ini. Tidak rugi kita mencari ilmu ini sebab semuanya untuk anak tersayang juga. Dan sangat-sangatlah tidak rugi untuk menyusukan anak dengan susu ibu kerana susu pemberian Tuhan ini sangat-sangatlah eksklusif dan berharga.

JOM!SUSUKAN ANAK KITA DENGAN SUSU ANUGERAH ILLAHI INI! 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Sila hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui  dengan lebih lanjut tentang produk SHAKLEE, atau ingin mengetahui tentang Stokis Shaklee atau di mana Shaklee KK ini atau ingin mengetahui ejen Shaklee berdekatan anda. Anda juga boleh menggunakan ID saya (592034), Ereena Hamzah di mana-mana Cawangan Shaklee dan perlu memaklumkan kepada saya agar saya boleh consult anda tentang cara pengambilan Suplement Shaklee yang betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge