Archive | June 2014

MEMULAKAN LANGKAH PENYUSUAN SUSU IBU

Salam semua.. Antara persoalan bagi ibu-ibu yang bakal bersalin apabila bayi lahir ialah tentang penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu kini semakin menjadi trend dan menjadi kemestian sekiranya anda bersalin di hospital kerajaan. Bagi anda ibu-iu yang yang akan melahirkan anak pertama, penyusuan susu ibu mungkin menjadi satu ‘beban’ bagi anda sekiranya anda belum bersedia atau tidak mempunyai maklumat yang secukupnya tentang perkara ini.

Saya sudah mengamalkan pnyususan susu ibu ini sejak melahirkan anak pertama saya iaitu Furqan.. Memang pada mulanya saya agak stress kerana baru sahaja bayi lahir, nurse terus memaksa kita untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Saya yang pada ketika itu, memang kurang pengalaman dan ilmu tentang penyusuan suus ibu ini, hanya megikut nasihat nurse. akan tetapi, apa yang saya perasan, dalam masa 3 hari barulah susu ibu saya kelur dengan banyaknya. Sepanjang 3 hari sebelum susu ibu itu keluar, saya kerap bangun malam kerana Furqan kerap menangis dan kadang-kadang saya memberi Furqan minum air. 

Dalam masa yang sama, Furqan mengalami masalah jaundice atau  bacaan kuning yang agak tinggi. Seminggu selepas Furqan lahir, kami ditahan di hospital kerana bacaaan kuning Furqan meningkat sehingga 293 ml. Satu malam saya berada di hospital. Syukur Alhamdulillah, doktor bagi kami pulang selepas semalam berada di hospital keranan bacaan kuning Furqan menunjukkan penurunan yang ketara. Saya  yang kurang pengalaman ketika itu juga hanya mengikut nasihat ibu dan saudara mara apabila mereka mencadangkan saya memberi anak saya susu kambing agar kuning anak saya kurang. Akan tetapi, semua usaha saya tidak berhasil untuk mengurangkan bacaan kuning Furqan. Saya teruskan sahaja penyusuan susu ibu sehingga bacaan kuning furqan menurun selepas Furqan berusia sebulan.

Saya betul-betul menggali ilmu tentang penyusuan susu ibu ketika 2 minggu sebelum saya masuk bekerja. Ketika itu, saya sudah memikirkan susu formula apa yang perlu diberi kepada Furqan. Semasa tengah meng’google’ cloth diaper yang berbaloi untuk dibeli, saya terjumpa blog pengasas Lunatots iaitu puan suraya  Ali yang menceritakan pengalaman beliau teng penyusuan susu ibu. Perlahan-lahan saya membacanya dan perlahan-lahan juga saya semakin berminat tentang ilmu baru ini. Antara ilmu terpenting yang saya belajar adalah pentingnya kolostrum, susu ibu paling awal yang keluar yang Allah ciptakan hanya untuk bayi yang baru lahir. Rupa-rupanya susu ibu yang saya ingatkan tidak keluar semasa 3 hari pertama itu sebenarnya ketika itulah susu kolostrum yang keluar. Susu kolostrum ini dalam kedaan likat dan pekat. Dan ia tidak cair..Sebab itu kadang-kadang ibu rasa tidak ada susu yang keluar kerana kolostrm ini bukan seperti susu ibu biasa yang lebih cair. Sungguh rugi rasanya bila membaca betapa pentingnya susu ibu di awal kelahiran dan sehingga anak berumur 6 bulan. Bayi tidak perlukan apa-apa minuman atau makanan selain susu ibu sehingga mereka berumur 6 bulan kerana susu ibu mempunyai antibodi yang cukup, jumlah air yang sesuai untuk badan bayi dan mempunyai khasiat yang sempurna buat bayi.

Kenapakah susu ibu penting kepada bayi dan ibu?

1) Langkah penting ke arah pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat
2) Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi.
3) Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul untuk bayi
4) Susu pertama ( kolostrum) mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi untuk hari-hari pertama selepas dilahirkan
5) Bantu mempercepatkan pengecutan rahim seleasp bersalin
6) Mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan
7) Membakar lemak badan yang terkumpul semasa mengandung dan dapat mengembalikan badan ke bentuk asal
8) Susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitna telainga dan jangkitan salur kencing
9) Susu ibu juga mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak
10) Melancarkan sistem badan yang membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko diabetes di kalangan bayi dalam keluarga yang mempunyai sejarah masalah ini
11) Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin boleh berlaku dalam kaedah penyusuan lain
12) Susu ibu dapat diberikan terus kepada bayi pada bila-bila masa tanpa sebarang persediaan bancuhan
13) Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi

My Precious.. Kedua-dua cinta jantung saya ini masih menyusu susu ibu sehingga kini 🙂
Mengikut pengalaman saya sendiri pula, menyusukan anak dengan susu ibu membuatkan anak rapat dengan kita. Anak-anak juga jarang sakit dan kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli susu formula. Pendek kata, jimat!! Bila anak menyusu dengan kita, kita akan rasa mengalirnya kasih sayang tu kepada mereka tanpa henti. Tiap kali mereka menyusu, tiap kali tulah mereka memandang ibu mereka dengan pandangan kasih sayang yang sungguh indah. Pengalaman yang hanya dirasakan oleh ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu..Ia menjadi satu moment terindah buat si ibu.. 🙂 ..

Suka saya ingatkan kita semua, jika anda ingin menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya silalah cari ilmu penyusuan susu ibu ini. Tidak rugi kita mencari ilmu ini sebab semuanya untuk anak tersayang juga. Dan sangat-sangatlah tidak rugi untuk menyusukan anak dengan susu ibu kerana susu pemberian Tuhan ini sangat-sangatlah eksklusif dan berharga.

JOM!SUSUKAN ANAK KITA DENGAN SUSU ANUGERAH ILLAHI INI! 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Sila hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui  dengan lebih lanjut tentang produk SHAKLEE, atau ingin mengetahui tentang Stokis Shaklee atau di mana Shaklee KK ini atau ingin mengetahui ejen Shaklee berdekatan anda. Anda juga boleh menggunakan ID saya (592034), Ereena Hamzah di mana-mana Cawangan Shaklee dan perlu memaklumkan kepada saya agar saya boleh consult anda tentang cara pengambilan Suplement Shaklee yang betul
Share

SET IBU BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE BUAT IBU KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPANTANG

Alhamdulillah.. Saya kini mengandung 36 minggu 1 hari.. Nurse di KKIA kata 36 minggu ni kira ‘TERM” sudah.. Kira cukup bulanlah..So sekarang saya dikira tengah ‘menunggu hari’. Kepala baby pun engaged dah.. So bila-bila masa boleh bersalin.Moga Allah permudahkan kami nanti. Aminn..

Actually due saya 13 Julai ni.. Lagi 1 bulan.. Tapi dari pengalaman saya sendiri, selalunya saya akan bersalin lebih awal dari due yang doktor jangkakan. Furqan lahir awal 2 minggu dan Fyrash lahir awal 1bulan lebih..hihi.. Suka betul anak-anak ni lahir awal nak tengok dunia 🙂

Ok, dalam persiapan saya menyediakan barang-barang keperluan untuk bersalin nanti saya tidak lupakan SET BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE saya.. Oh, ya! Sebelum saya kongsikan apakah SET BERPANTANG LENGKAP saya ini, suka saya kongsikan kepada ibu-ibu di luar sana untuk menyediakan keperluan bayi dan ibu seperti berikut dan standby letak dalam kereta agar mudah dan terus  boleh bawa pergi hospital nanti.. Antaranya;

1) Baju baby
2) Lampin atau pampers
3) Tuala baby
4) Sarung tangan dan sarung kaki
5) Minyak kayu putih – Apa-apa minyak kesukaan anda pun boleh 🙂
6) Krim baby
7) Baby wipe – sangat penting ok.. Lepas baby lahir, dorang selalunya akan kuat berak dan kencing.. So kena bersihkan dorang dengan lebih kerap
8) Topi, saputangan atau tuala kecil untuk tutup kepala baby nanti

Keperluan ibu pula;

1) Baju
2) Kain sarung
3) Stokin
4) Pad
5) Pakaian dalam
6) Set Berpantang – Kalau beg tidak muat, letak siap-siap dalam pill box.. Supaya senang mau angkut nanti

Awal saya siapkan keperluan kami anak-beranak 1 beg ni. Sebabnya dulu bila anak ke-2 saya lahir semasa kandungan saya berusia 33minggu, saya memang tidak membuat persediaan yang secukupnya. So, memang agak kelam kabut kami suami isteri bila dia lahir. Jangan lupa juga buku ibu mengandung, pastikan anda bawa di mana-mana.. Kot-kot lah tiba-tiba rasa nak beranak, so boleh terus pergi hospital tanpa risau tentang buku ibu mengandung dan keperluan anda dan bayi.

Ok, seterusnya saya mau sharekan SET BERSALIN TERBAIK saya dengan anda. Sebenarnya saya dulu pernah beli SET BERSALIN dari jenama lain. Tapi akhirnya set tu saya stop ambil since nurse nasihatkan saya untuk stop sementara bila kuning anak saya tidak turun-turun. Bila dah ter’stop’ payah pula mau sambung balik lebih-lebih lagi dia berbentuk herba dan agak berbau bagi saya.. Jadi sayanglah set bersalin yang berharga  ratus-ratus tu terbiar begitu sahaja. Anak ke-2 pula since awal sangat keluar, so saya lambat mulakan pengambilan set bersalin Shaklee. Lagipun masa tu masih ada lagi Vita-Lea, B Complex , Vit C dan Ostematrix yang saya ambil masa mengandung..Masa tu ambil apa yang ada dululah.. Hihi..

So, kali ni saya mau pastikan saya terus memulakan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE ini seawal kelahiran. Kenapa? Sebab antara fungsi-fungsi suplemen yang terdapat dalam set ini adalah untuk mempastikan ibu kekal bertenaga setelah penat melahirkan dan nanti letih pula bangun di malam hari untuk susukan bayi, untuk pastikan luka semasa bersalin cepat sembuh dengan pengambilan Zinc Complex dan yang pastinya menggalakkan pemgeluaran susu ibu yang lebat dan lancar..

SET BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE
SET BERPANTANG /  BERSALIN LENGKAP SHAKLEE

Antara fungsi-fungsi Set Berpantang Terbaik ini adalah;

1) ESP – Pembekal tenaga segera dan Milk Booster – Membantu ibu agar tidak cepat penat selepas melahirkan dan menjaga bayi pada malam hari

2) Vita – Lea – Membantu mengcukupkan vitamin di dalam badan agar ibu mampu membekalkan susu ibu yang berkhasiat buat bayi

3) B Complex- Vitamin yang penting untuk perkembangan otak bayi

4) Vita C – Membantu ibu agar tidak mudah sakit dan mengekalkan kolagen dalam kulit

5) Ostematrix – 4 biji pengambilan Ostematrix membantu memnuhi keperluan kalsium dalam badan ibu memandangkan kalsium adalah antara zat yang paling banyak bay serap daripada susu ibu

6) Zinc Complex – Membantu percepatkan penyembuhan luka semasa bersalin atau beranak

Untuk maklumat lebih lanjut tentang set ini , sila klik di sini..

Fuhh..berdebar juga tunggu hari ni. Tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana kandungan sudah dikira cukup bulan . Sesungguhnya pengalaman melahirkan bayi pramatang adalah suatu pengalamana yang tidak mudah. Oh, ya! Sekiranya anda ibu yang melahirkan pramatang atau premature, anda juga boleh ambil suplemen dalam set bersalin ini sejurus selepas bersalin. Malah lebih baik anda ambil seawal kelahiran memandangkan anda perlu memulakan penyusuan secepat mungkin agar berat bayi cepat naik dan untuk mengurangkan rasa penat kerana perlu menjaga anak di hospital lebih lama dari bayi yang tidak mempunyai masalah pramatang.

Sekiranya anda perlukan konsultasi tentang produk Shaklee yang sesuai dengan anda dan budget anda semasa bersalin, sila terus hubungi saya di talian berikut;

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Sila hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui  dengan lebih lanjut tentang produk SHAKLEE, atau ingin mengetahui tentang Stokis Shaklee atau di mana Shaklee KK ini atau ingin mengetahui ejen Shaklee berdekatan anda. Anda juga boleh menggunakan ID saya (592034), Ereena Hamzah di mana-mana Cawangan Shaklee dan perlu memaklumkan kepada saya agar saya boleh consult anda tentang cara pengambilan Suplement Shaklee yang betul
Share

SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE BANTU KURANGKAN MASALAH RAMBUT GUGUR YANG TERUK

Entry yang saya buat masa mau closing bulan lepas..Hihi.. saya sharekan aja ya 🙂

Salam dan selamat petang.. Alhamdulillah..sempat lagi menulis di blog ketika kami sibuk mau ‘Closing’.. apa tu closing? Closing bagi kami Pengedar Shaklee adalah hari di mana hari terakhir kami untuk berusaha bagi mencukupkan UV untuk kiraan personal bonus kami.. Bunyi macam seriuskan.. hihi.. Yup, kami memang serius.. Cita-cita saya untuk jadi WAHM ( WORK AT HOME MOTHER) buat saya berusaha sebaik mungkin agar saya mampu menyelesaikan apa yang perlu & saya boleh berhenti kerja untuk jaga anak-anak di rumah sambil biz Shaklee ni :).. Anda pun boleh.. Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Tapi semuanya bermula dari kita.. Saya pun dahulu tidak pernah terfikir untuk berhenti kerja lebih-lebih lagi bila memikirkan hutang-piutang dan itulah satu2nya sumber pendapatan tetap saya.. Tapi, kini semua tu tidak mustahil. Ramai dalam group Shaklee kami telah berjaya dan saya pun akan buktikan.. Doakan saya ya! Dan sekiranya ada berminat menjadi Ejen Shaklee bersama group kami, cepat-cepat hubungi saya.. Saya akan guide sebaik mungkin agar anda sama-sama  berjaya bersama kami

Ok, panjang pula celoteh saya pasal Closing Shaklee ni.. Saya ni mau cerita pasal SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE ni.. saya bagi gambar dulu, senang mau explain..hihi..

SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE
SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE


Saya sendiri mengamalkan Set Rambut Gugur ini.. Selepas beranak ke-2, selepas bayi berusia hampir 3 bulan rambut saya gugur teruk. Selalunya bagi ibu yang baru bersalin ia kerap terjadi memandangkan ketika ini bayi lepas banyak menyusu membuatkan badan kekurangan khasiat. Masa tu saya belum menjadi ejen Shaklee dan hanya baru mula mengamalkan ESP kerana ingin banyakkan supply susu sebelum masuk bekerja. Dalam masa yang sama, saya juga baru amalkan Vita E untuk dapatkan kulit yang cantik.. Tapi tidak disangka, sejak saya amalkan ESP dan Vita-E, rambut saya perlahan-lahan semakin kurang gugur dan apa yang saya perasan rambut saya mula semakin sihat dan cantik. Rambut kembali bersinar dan tidak nampak kusam. Yang paling seronok, tiada lagi rambut gugur saya berada di serata rumah! Kalau tidak, memang sakit mata tengok! hihi..


Saya tidak mengamalkan Zinc ketika itu, akan tetapi ada pelanggan saya berjaya kurangkan masalah rambut gugur beliau hanya dengan pengambilan Zinc Complex Shaklee.. Di bawah saya sharekan ini testimoni beliau k 🙂

TESTIMONI ZINC COMPLEX
TESTIMONI ZINC COMPLEX

Ingin tahu kelebihan dan kebaikan Zinc Complex ini lagi.. Boleh baca di sini 🙂


Salah satu kelebihan Zinc ni adalah sebagai penyembuh luka yang cepat. So, ia juga sangat sesuai buat ibu-ibu yang baru bersalin lebih-lebih lagi yang bersalin secara pembedahan agar luka-luka selepas pembedahan cepat sembuh.

Sebab tu juga ia sesuai dengan orang yang mengalami keguguran rambut. Salah satu penyebab keguguran rambut adalah disebabkan kekurangan zink dalam badan. Pengambilan Zinc Complex Shaklee boleh membantu keguguran rambut kurang serta memulihkan kesan-kesan akibat keguguran rambut. Perlu diingatkan juga, setiap badan manusia adalah berbeza. Sebaiknya pastikan anda kurangkan makanan berminyak atau makanan yang pedas-pedas serta meminum lebih banyak air kosong setiap hari dan kurangkan minuman manis. Pemakanan yang tidak seimbang juga adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut. 

Ingin mengetahui atau mendapatkan konsultasi tentang SET RAMBUT GUGUR INI? Hubungi saya! Eksklusif hanya untuk pelanggan saya sahaja 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Sila hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui  dengan lebih lanjut tentang produk SHAKLEE, atau ingin mengetahui tentang Stokis Shaklee atau di mana Shaklee KK ini atau ingin mengetahui ejen Shaklee berdekatan anda. Anda juga boleh menggunakan ID saya (592034), Ereena Hamzah di mana-mana Cawangan Shaklee dan perlu memaklumkan kepada saya agar saya boleh consult anda tentang cara pengambilan Suplement Shaklee yang betul
Share

KENAPA SAYA JATUH CINTA DENGAN VITAMIN E SHAKLEE???

Salam semua.. Harap anda semua sihat di bawah rahmat Illahi.. Alhamdulillah.. Saya semakin beransur sihat dan bertenaga kembali.. Semakin semangat untuk update blog lebih-lebih lagi bulan ni target mau naik rank Coordinator Shaklee.. Doakan saya k 🙂

Alhamdulillah juga..bila bulan ni Shaklee sms berbunyi begini;

JUN 2014 BUY 6 FREE1 PROMOTION – VITA E COMPLEX! PLACE YOUR ORDER NOW!

Wah2x!! Tak sangka pula bulan ni promosi Vita E Complex Shaklee ni..Baru ja terfikir mau beli untuk stok lepas beranak tapi Allah dah bagi promosi..hehe..So, jom kita grab beli 6 terus. Dapat free 1 botol tau! Sapa-sapa yang berminat untuk join ahli, dengan pembelian 6 botol anda terus dapat free membership ( tidak perlu bayar membership fee RM65) dan terus dapat cash back pada bulan hadapan ketika Shaklee bayar bonus kepada pengedar-pengedarnya.. Tidak rugikan..kumpul dengan member atau keluarga atau saudara mara untuk beli 6 botol dan register guna nama anda! Mudah bukan 🙂

Kenapa saya excited sangat dengan promosi Vita E Complex Shaklee ni? Sebabnya sejak saya join shaklee ni, belum pernah lagi saya ‘terjumpa’ dengan promosi buy 6 Free 1 Vitamin E Shaklee ni..Vita E Shaklee ni adalah antara vitamin yang buat saya ‘tersangkut’ dengan Shaklee. Lebih-lebih lagi lepas terasa keberkesanannya selepas consume sebulan. Muka yang dulu kusam jadi lebih berseri-seri. Paru-parut jerawat perlahan-lahan hilang dan yg paling best bukan pada muka sahaja, satu badan terasa perbezaannya.. Anda boleh lihat testimoni saya di sini.. 

vitamin e shaklee
Vitamin E Shaklee
Saya teringat dengan seorang customer saya.. Dia cakap macam ni;
‘ Sebab c Furqanla saya beli tu vitamin E’ …

Kenapa dia cakap macam tu? Sebab dia percaya vitamin E Shaklee ni betul-betul bagus untuk kurangkan parut jerawat selepas membaca entry saya berkenaan luka di dalam bibir Furqan yang beransur-ansur pulih bila saya letakkan vita e ajaib itu .. Boleh baca tentang itu di sini ya!

Tapi ingat ya, vitamin e ini tidak sesuai buat ibu mengandung sebab dia punya antioksidan yang tinggi. Lepas bersalinla kita ambil ya! Sayapun rindu suda mau telan Vitamin E Shaklee ni..hihi..Tidak lama lagi bersalin, bolehlah ambil lepas tu! Supaya kulit cantik dengan vitamin..Yeay!!

Antara kebaikan dan kelebihan vitamin E Shaklee ini adalah;
1) Melindungi jantung – Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantng yang sihat membantu melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan koleterol HDL, kurangkan tekanan darah, halang platelet  darah melekat ke dinding arteri, halang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain

2) Bantu meningkatkan kemampuan produktif – Kajian pada 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600IU-800IU Vitamin  E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Sebab tu ia juga dipanggil ‘Vitamin Cinta’ 🙂

3) Anti-Penuaan – Bantu lambatkan penuaan, kurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ia mampu memulihkan tekstur kult dan ton muka, dada dan otot paha

4) Anti-Oksidan yang kuat – Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau memperbaiki masalah oksidasi iaitu katarak dan masalah penglihatan. 

5) Perbaiki Arthritis – Tingkatkan keanjalan salur darah, perbaiki kitaran darah, rawat bahu kejang, pening buasir, urat varikos dan sakit sendi

6) Memperbaiki parut – Bantu memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut

Pengambilan bersama vitamin A, C dan E dapat  menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas. Radikal bebas nilah antara penyebab kulit kita cepat tua dari usia sebenar dan anti-oksidan la yang boleh melawan dan membebaskan radikal bebas ni dari tubuh kita

Oh, ya! Vitamin e ini juga sesuai untuk sesiapa yang ada masalah keguguran rambut tau. Saya sendiri perasan tentang ni sebab lepas 2 bulan bersalinkan anak ke-2 saya, rambut saya gugur teruk. Risau betul saya bila tengok bahagian depan rambut ni rambut mula berkurangan.. Masa tula saya start ambil vitamin e ni dan hasilnya perlahan-lahan rambut saya mula kurang gugur dan anak-anak rambut mula tumbuh. Rambut pun jadi semakin hitam dan nampak sihat 🙂

Anda berminat ingin tahu tentang Vita-E Complex Shaklee ini? Jom hubungi saya. Konsultasi PERCUMA sentiasa ada untuk pelanggan tersayang saya 🙂

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share