HAPPY BIRTHDAY BABAH!!

Alhamdulillah..2 hari lepas, pada 18 May 2014 genaplah suami tersayang berumur 30 tahun.. Dan syukur sangat-sangat, kami anak beranak dapat meraikannya bersama-sama. Saya memang excited, that’s why saya masukkan entry ni dalam blog tersayang ni.. Saya mahu abadikan di sini sebagai tanda penghargaan kepada Encik Suami tersayang.. Sokongan Encik suami yang tidak pernah berbelah bagi untuk saya dalam memperjuangkan perjuangan kami dalam Shaklee buat saya rasa sangat-sangat terharu.. Sayang babah sangat-sangat.. Dan bukan saya ingin menunjuk-nunjuk, tapi dengan bonus Shaklee lah kami mampu makan di tempat makan yang dikira ‘mahal’ untuk meraikan birthday suami dan beli kek design special untuk suami. Alhamdulillah..


my luvly son anda husband
MY LUVLY SON AND HUSBAND

KEK HOCKEY UNTUK BABAH
Inilah wajah-wajah kesayangan hamba..Ummi sayang kamu bertiga ketat-ketat. Tidak lama lagi kita akan berempat lagikan.. Moga Allah permudahkan kita nanti.. Aminn..

Sedikit coretan saya tentang penglibatan suami dalam Shaklee.. Pada mulanya suami seperti tidak menggalakkan saya bergiat aktif dengan Shaklee lebih-lebih lagi bila mendapat tahu yang Shaklee adalah syarikat MLM (Multi-Level Marketing). Pengalaman suami dalam MLM sebelum ni buat beliau agak serik. Bila saya nyatakan hasrat untuk serius dan bergiat aktif dalam Shaklee, beliau hanya mendiamkan diri. Tapi doa saya tidak pernah berhenti untuk Allah bukakan hati suami agar restu perjuangan saya ini. Dan sesungguhnya kuasa Allah tu Maha Besarkan.. Tidak lama setelah saya mulai serius dalam Shaklee pada bulan Februari 2013 suami terus bagi ‘green light’ bila melihat order yang bertalu-talu saya terima. Kalau dulu saya beli satu produk sahaja setiap kali ke branch Shaklee. Tapi semakin lama, semakin banyak sudah yang saya beli setiap kali ke branch. Suamilah yang tolong hantar order, tolong beli order Shaklee, tolong promote dengan kawan-kawan beliau dan tolong coaching anak-anak Shaklee juga. Juga tolong budak kecil 2 orang tu bila ummi buat coaching.. 🙂 Februari tu juga menyaksikan saya naik rank menjadi Supervisor dan mendapat bonus 4 angka.. 1 perkara yang memang kami tidak sangka dan perkara yang sangat menggembirakan. Rasa sangat-sangat berbaloi berusaha, bersengkang mata malam-malam, update page dan blog dan mendapat hasil yang begitu memberangsangkan. Dan sejak dari itulah kami tidak pernah berpatah balik dan memandang ke belakang lagi dalam perjuangan kami bersama Shaklee.. Terima kasih Allah kerana temukan kami dengan Shaklee..

Juga terima kasih saya yang tidak terhingga buat suami tersayang atas segala sokongan, bantuan dan kata-kata semangat untuk isterinya tercinta.. Moga tahun ni tercapai cita-cita kita untuk menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE.. LOVE U SO MUCHHHH!!! 

Untuk anak-anak ummi, Furqan dan Fyrash terima kasih kerana memahami perjuangan ummi. Kamurang la penguat semangat ummi dan PUSH FACTOR terkuat ummi. Moga kalau suatu hari nanti bila kmu sudah besar dan baca entry ini, ummi mau kamu tahu yang kasih dan sayang ummi pada kamu tidak pernah berbelah bagi dan sentiasa mencurah-curah :’)

Anda ingin tahu rahsia kami bagaimana kami masih mampu bertahan dalam Shaklee selama 1 tahun 5 bulan dan terus mendapat bonus 4 angka dan menuju ke 5 angka? Hubungi kami segera. Coaching and training is provided!
Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge