OSTEMATRIX SHAKLEE KALSIUM TERHEBAT

Salam semua dan selamat petang.. Anda semua apa khabar? Lama saya tidak menulis di sini.. Maaf ya, kepala ini pandai datang sakit-sakit dia.. Kalau ok, oklah tu . Kalau sakit, memang ibu mengandung ini kurang mood untuk berblog..huhu..

Ok, back to cerita tajuk entry kali ni.. Saya suka sangat dari awal tahun ni sebab semua produk shaklee yang promosi bermula Januari 2014 merupakan produk kesukaan saya a.k.a yang saya ambil setiap hari.. So, sambil-sambil ambil order customer terusla re-stock untuk dri sendirikan.. Berbaloi-baloi..hihi..

Jadi bulan ni, produk Shaklee yang promosi adalah OSTEMATRIX.. Ostematrix ni 120 biji 1 botol, ambil 4 biji 1 hari so dia boleh bertahan ngam-ngam sebulan.. So, bila promosi BELI 6 PERCUMA 1 ni dpt 7 bulan punya stokla..Yes!best200xx!!!

OSTEMATRIX SHAKLEE
OSTEMATRIX A.K.A KALSIUM SHAKLEE
Ok, saya terangkan dulu pasal Ostematrix Shaklee ini ya..

Ostematrix Shaklee merupakan kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, Zinc, kuprum, maganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama agar ia dapat menyerap sebaiknya ke dalam tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajin juga telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Antara Kelebihan dan kebaikan Ostematrix ini adalah;

1) Menguatkan tulang
  • Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ingat ya kawan-kawan, Osteoporosis (reput tulang) kerap dialami oleh wanita banding lelaki tau. So kita sebagai wanita sebaiknya ambil langkah berjaga-jaga ni lebih awal.. Kekurangan kalsium juga menyebabkan gigi berdarah tau lebih-lebih kepada ibu mengandung dan yang menyusukan anak.. Apabil anak menyusu, kalsium adalah antara mineral yang paling banyak anak serap dari badan kita. Dan kalsium ni cuma terdapat dalam tulang-tulang dan gigi. That’s why bila kita kurang kalsium, antara simptom awal adalah gigi cepat berdarah, belakang-belang cepat sakit dan kaki mudah kebas atau cramp
  • Ia juga membantu merawat tulang retak, Osteomalacia ( Rickets Dewasa), kuku rapuh, Eczema, konvulsi/ kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat
2) Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan membantu perbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis

3) Meringankan stres
  • Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres.
  • Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam

4) Memperbaiki masalah haid
  • Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000 mg kalsium dan magnesium serentak meringkan sakit waktu haid dan membantu pembuangan air kecil

5) Pengalkalian tubuh
  • Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh.
  • Juga membantu menghalang obesiti di usia emas
  • Kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi. Kalau sapa-sapa yang dah pernah ambil Ostematrix, mesti tahu yang pengambilan Ostematrix akan membantu pelawasan di awal pagi..hihi..
6) Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik 

Seterusnya, saya mahu cerita lagi pasal Vitamin D, Magnesium, zinc , Boron, Manganes dan Kuprum yang terdapat dalam Ostematrix Shaklee ni

VITAMIN D
Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit Rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak antara golongan yang perlu mengambil suplemen Vitamin D

MAGNESIUM
Magnesium adalah ion positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga,  pengecutan saraf dan otot serta menstabilkan denyutan tdak sekata pesakit jantung. Ia juga membantu memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos

ZINC, BORON, MAGANES DAN KUPRUM
Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun ezim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dang menghalang artritis

Yang  saya suka sangat dengan Ostematrix ni adalah disebabkan;
– Sejak amalkan Ostematrix ni, cramp kaki ketika mengandung sudah tiada.. Sakit tau cramp kaki ni, susah mau bangun dari katil. Huhu..
– Susu maintain banyak time malam sebab saya amalkan 4 biji before tidur. Baby kan suka mengempeng kalau malam, so badan pun rasa tidak cepat penat bila baby menyusu tak berhenti
– Kurang dah gigi berdarah. Kalau saya tidak ambil Ostematrix ni dalam 1 malam, confirm gigi saya berdarah dengan teruk sekali. Almaklumlah, dengan 2 orang budak lelaki tu masih menyusu badan dan diri yang mengandung memang banyakla kalsium saya ni kena serap oleh dorang
– TIdur lena ja.. Hihi..Nyenyak tidur kalau ambil Ostematrix ni dan badan rasa relax
– Lawas.. Confirm esok pagi membuang sebab penangan Ostematrix di malam hari
– Kurangkan sakit kepala saya ni. Sejak mengandung ke-3 ni, kepala saya cepat sangat sakit. Kalau ambil Ostematrix barulah ada kurang sikit.. Kalau tidak, baring sajalah jawapnya

Ok, panjang pula post saya kali ni.. Lama tidak menulis, idea mencurah-curah pula. Sehingga ketemu lagi ya.. Sekiranya anda perlukan KONSULTASI tentang Ostematrix Shaklee ni, boleh terus hubungi saya di talian berikut;

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : arynfadzlee@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, seluruh Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lanjut atau Shaklee Product Review di talian di atas. Berminat menjadi ahli Shaklee? Jom, hubungi saya tanpa malu-malu. Coaching dan konsultasi yang berterusan sentiasa ada untuk sesiapa yang mendaftar di bawah saya 🙂

Untuk order terus dan pastikan Shaklee hantar Ostematrix anda terus ke rumah anda, sila klik link di bawah :

ORDER OSTEMATRIX
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge