PENGALAMAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Assalammualaikum semua dan salam sejahtera.. Kepada yang pertama kali sampai di blog saya ini, saya ucapkan SELAMAT DATANG dan terima kasih kerana sudi membaca coretan-coretan saya di sini. Kepada yang sentiasa setia membca dan menunggu tulisan saya di sini, JUTAAN TERIMA KASIH ikhlas dari hati saya untuk anda. U really make my day.. Kerana kehadiran andalah saya masih menulis dengan gembiranya di sini.. Saya sayang anda semua.. Walaupun tidak mengenali anda, tapi saya sangat-sangat gembira kerana ada yang sudi menerima penulisan saya dan menjadikan panduan dalam memilih Shaklee dalam hidup anda.

Hari ini saya menulis bukan untuk bercerita tentang produk Shaklee.. Hari ni saya ingin ceritakan pengalaman saya sebagai Pengedar atau ejen Shaklee. Since akhir-akhir ni ramai yang bertanya apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee so saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri

pengedar shaklee sabah
Penyokong kuat ku.. Luv u owez.. 🙂

Bermula Disember 2012, pada mulanya saya menjadi ahli Shaklee hanyalah sekadar untuk mendapat harga member. Akan tetapi, bermula Januari 2013 saya mula bergiat aktif kerana melihat ramai orang mula respons bila melihat iklan Shaklee saya di FB. Bermula Februari pula saya mencabar diri saya untuk mencuba dapatkan Pangkat Supervisor dalam Shaklee.. Februarilah kisah saya bermula..

Februarilah saya mula membuat poster-poster menarik, menulis blog, mencipta FB Page saya dan mula mempromosikan secara serius produk-produk Shaklee. Keseronokan mula terasa bila mana banyak PM, Message dan whatsapp yang bertanya tentang produk Shaklee.. Rasa tidak menang tangan. Hp pun cepat hang since banyak whatsapp, msg dan pm masuk dalam masa yang sama..

Saya mula sibuk menguruskan blog, FB page dan order customer.. Dengan 2 orang anak yang masih kecil dan menyusukan badan sepenuhnya, memang saya akui kadang-kadang penat melebihi segalanya.. Tapi saya gagahi jua.. Februari tu saya semakin jelas dengan matlamat saya.. Februari tiu saya melihat bagaimana seorang surirunmah boleh berjaya mencecah ratus ribu income dalam Shaklee. Februari itu, saya berusaha sedaya upaya agar saya boleh mencapai point yang cukup untuk menjadi seorang supervisor.. Anak-anak Shaklee saya semakin ramai dan yang paling seronok suami semakin memahami dan memberi semangat kepada saya untuk berusaha.

Walau sesibuk manapun, mama shaklee saya sentiasa ingatkan untuk banyakkan zikir, selawat dan berdoa.. Inilah juga yang buat saya melekat terus dengan shaklee. Support group yang kuat dan amalan rohani diutamakan. Kami sentiasa diingatkan untuk memperbanyakkn zikir  dan tidak melengah-lengahkan amalam wajib. Kagum juga bila melihat wanita berniqab yang menjadi MASTER SHAKLEE. Semua itu telah merubah penilaian saya dalam kehidupan dan cara saya berfikir.

Amalan-amalan yang support group kami sharekan membuatkan kami semakin dekat dengan Sang Pencipta. Sejak tu sales memang masuk tiap-tiap bulan dan anak-anak Shaklee saya semain ramai. Dan yang pastinya saya sangat-sangat gembira kerana dapat membantu kawan-kawan dan customer-customer yang menggunakan produk Shaklee bagi membantu menyelesaikan masalah mereka. Sesungguhnya dapat membantu seseorang itu adalah sangat manis!

Hubungan dengan sahabat-shabat juga semakin erat sebab kawan-kawan jugalah customer saya. Yang selama ni, jarang keep in touch, kembali rapat dan kami bertukar-tukar pendapat. Seronok dikelilingi ramai orang.

Duit bukanlah tujuan utama semata, tapi kepuasan pelanggan lah yang menjadi agenda. Kami pentingkan selalu ber’keep’ in touch dengan customer.. Dan selalunya customer memang berpuas hati sehingga memilih mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE!

Untuk makluman semua, saya perhatikan Shaklee sekarang tengah ‘HOT’ di Sabah dan Sarawak. Semakin ramai orang mengenali Shaklee akan tetapi mereka kebanyakzn tidak mengenali ejen Shaklee di Sabah. Saya tahu kerana mengikut pengalaman saya kebanyakan customer yang approach saya sudah mengenali Shaklee. So, ambillah peluang ini. Bagi sesiapa yang rasanya berminat mencari pendapatan sampingan, Shaklee boleh membantu anda. Tidak perlu HEAD HUNTING! 

Moga perkongsian saya di sini memberi inspirasi kepada sesiapa yang mencari jawapan tentang SHAKLEE.. Jika ragu dan perlukan info lanjut tentang Shaklee boleh hubung saya di talian;

Call/Msg/whatsapp : 016-587 9882
FB : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com

Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort, seluruh Sabah serta seantero Malaysia. 

Share

One thought on “PENGALAMAN MENJADI AHLI SHAKLEE

  1. Pingback: SIAPA SAYA DAN SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE | Keluarga Hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge