HERBAL BLEND SHAKLEE BANTU KURANGKAN EKZEMA

Salam semua..Maaf sedikit keterlewatan meng’update’ blog..Macam perasan sendiri bila ingat ada orang tunggu2 blog sy update..hihi..Tapi tidak pa, mana tau ada yang tertunggu2 perkongsian saya dalam blog ni..hihi..InshAllah, apa yang saya kongsikan di sini boleh bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya :

Salah satu produk Shaklee yang saya mesti bawa ke mana-mana dan tidak boleh tinggal adalah Herbal Blend Multi Purpose Cream Shaklee ini. Harga Herbal Blend Shakle yang hebat ini hanya RM28.75 dan boleh digunakan selama berbulan-bulan 🙂
herbal blend multi-purpose cream shaklee
HERBAL-BLEND MULTI-PURPOSE CREAM SHAKLEE

Biarlah saya ceritakan bagaimana saya JATUH HATI dengan Herbal Blend Cream ini 🙂

Furqan, anak pertama saya mula menunjukkan simptom-simptom ekzema di usia seawal 7 bulan.. Macam-macam kami lakukan. Jumpa nenek minta ubat, jumpa doktor swasta, jumpa doktor kerajaan, mandi air herba dan macam-macam lagi. Mula-mula kuranglah, tapi simptom tu masih ada dan semakin teruk pula.. Hati ibu mana yang tidak sedih dan susah hati melihat keadaan anak begitu..berpantang itu, berpantang ini.. Orang sekeliling pula kerap bertanya itu dan ini malah ada pula yang salahkan saya yang salah makan. Untuk makluman furqan adalah anak susu ibu sepenuhnya pada ketika itu dan sehingga kini sebenarnya. So, orang katakan ada yang saya salah makan sampai anak jadi macam tu.. Ya Allah, kuatnya dugaan Allah beri masa tu.. Saya dan suami cuma mampu bersabar dan tersenyum jika orang lain mula bercakap yang bukan-bukan.. Memang susah mau tutup mulut manusia kan :).. Tapi lebih baik sekiranya kita berdiam kerana dengan cara itu hati kita tidak bertambah sakit lebih-lebih dengan keadaan anak sebegitu..

Akhirnya, setelah macam-macam cara dicuba Allah tunjukkan jalan pada kami suami isteri. Berbekalkan duit yang cukup-cukup, kami buat keputusan membawa furqan ke Hospital Pakar Kulit dan alhamdulillah setelah mencuba ubat dan krim yang doktor recommend merah-merah dan gatal-gatal di badan furqan semakin kurang dan kurang..

dipendekkan cerita, setelah makin kurang merah-merah di badan Furqan saya berhenti sapu ubat di kawasan yang tidak merah lagi.. Memang ubat yang dibekalkan itu bagus untuk kurangkan merah dan gatal-gatal, akan tetapi apa yang kami suami isteri perasan adalah kulit di kawasan yang kerap disapu ubat tersebut semakin menipis.. Antara yang masih merah dan gatal adalah bahagian pelipat lutut furqan..Kawasan tu memang merah dan selalunya walaupun sudah disapu uabat furqan sealu menggaru di kawasan tersebut sehingga luka. Dek terlalu kerap juga menyapu ubat, kawasan belakang lutut furqan jadi cepat melecet dan kadang-kadang luka walaupun tidak digaru.

Risau dengan belakang lutut furqan tu, saya yang masa itu baru berjinak dengan Shaklee terus membuat keputusan membeli krim ajaib ini. Dan memang MAGIC la kerana baru sahaja  menyapu Herbal Belnd Shaklee ini, lutut furqan tidak lagi cepat melecet dan sehingga kini kami tidak lagi perlu risau sekiranya kawasan tersebut cepat luka kerana kulit di kawasan tersebut beransur-ansur pulih dan tidak lagi menipis.

selain itu, saya juga gunakan Herbal Blend ini setiap hari bagi melembabkan kulit tangan dan kaki saya yang agak kering. Saya juga gunakannya bagi mengurangkan gigitan nyamuk di badan furqan dan Fyrash dan bagi mengurangkan rekahan di tumit kaki yang kering.

Wahh..panjangnya luahan saya kali ini. Memang saya sayang sangat dengan krim Herbal Blend Shaklee ini. Di sangat-sangat Multi-Purpose juga tau.. Antaranya;

1) Membantu mengurangkan ekzema
2) Membantu mengurangkan keadaan kulit melecur
3) Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
4) Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
5) Memberi kelegaan kerana ketidak selesaan akibat demam
6) Sebagai losyen untuk kegunaan harian
7) Bagus untuk luka kecil dan calar
8) Mengurangkan ruam susu
9) Mengurangkan ruam panas
10) Mengurangkan bekas gigitan nyamuk atau serangga

Dan apa yang buat saya terus mempercayai cream ini adalah disebabkan sesiapa yang sudah membeli dari saya dan mencubanya pasti SANGAT-SANGAT BERPUASHATI dengan hasilnya. Yang penting tiada bahan kimia, tiada paraben atau bahan-bahan steroid yang menakutkan! Anda ingin mencuba? Hubungi saya segera! 🙂

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah terutama di Kota Kinabalu, Beaufort, Papar dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee atau ingin mencari Agen Shaklee berdekatan anda atau ingin mencari cawangan Shaklee berdekatan anda.

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
FB : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge