Archive | September 2013

SET GEMUK SHAKLEE BANTU NAIKKAN BERAT BADAN

Selamat petang semua.. Hari ni saya ingin kongsikan tentang SET GEMUK SHAKLEE a.ka GAIN WEIGHT SHAKLEE. Selalu orang tanya pasal set slim shaklee tapi memang ada orang berminat dengan set ini.. Dan kebanyakannya yang tanya adalah ibu-ibu.. Selalu orang risau berat badan naik, ni ibu-ibu ni risau sebab selalu penat sampai tidak larat mahu makan nasi.. adui..kasihan ibu-ibu seperti ini.. Ingat ya ibu-ibu, kita ni tunggak keluarga.. Kalau si ibu sakit banyak kerja rumah tidak siap atau tertangguh.. Kasihan pada anak-anak dan suami.. So, kita kena jaga diri kita sebaik mungkin.. Pengambilan Suplemen boleh membantu ibu tambah berat badan, bantu lebih bertenaga dan tidak cepat penat.. Dan yang penting, bila kurang penat ibu tidak stress sehingga menyebabkan kesihatan si ibu terganggu. Ingat ya ibu-ibu, kesihatan diri kita sangat-sangat lah penting πŸ™‚

Ok, inilah SET TAMBAH BERAT BADAH SHAKLEE ini;

SET GEMUK SHAKLEE
SET GEMUK SHAKLEE A.K.A GAIN WEIGHT SHAKLEE

Set ini terdiri daripada ;

1) Meal Shakes
2) Vita -Lea
3) B Complex

Kebaikan dan kelebihan SET GEMUK SHAKLEE ini adalah;
1) Meal Shakes;

  • Bantu untuk tingkatkan selera makan
  • Diambil sebanyak 3 sudu satu hari dan bolh dicampur dengan minuman kegemaran kita seperti Milo atau Horlicks.. Tapi bukan minuman berkafein tau
  • Berupaya memberi tenaga dan mengurangkan penat
  • Bagus untuk kulit
  • Sesuai untuk vegetarian atau pengamal makanan sayur-sayuran
2) Vita – Lea
  • Multivitamin yang lengkap
  • Bantu untuk cukupkan vitamin yang kurang dalam badan
  • Bantu ibu lebih bertenaga
  • Bantu ibu rasa lebih sihat
  • salah satu penyebab kurangnya selera makan adalah disebabkan kekurangan vitamin dalam badan. Vita-Lea amat perlukan bagi menambah vitamin yang kurang dalam badan disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak sihat 
3) B Complex
  • Bantu badan rasa lebih bertenaga
  • Bantu kurangkan stress
  • Vitamin b adalah vitamin yang paling cepat hilang dari badan lebih-lebih lagi sekiranya kita kerap mengambil ubat. Oleh kerana itu, kita perlukan vitamin B untuk mengcukupkannya dalam badan
  • B Complex Shaklee ini mampu menukar makanan kepada tenaga.. Bila kita lebih bertenaga, kita akan kurang letih.
Pengambilan set ini mampu membantu menaikkan selera makan dan menambah tenaga pengambilnya. Hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang SET MENAIKKAN BERAT BADAN SHAKLEE ini di talian

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
FB ; Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com

Untuk ORDER SET GEMUK SHAKLEE ini, anda boleh terus klik di sini.. Penghantaran terus ke rumah anda πŸ™‚

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Sabah kawasan Kota Kinabalu, Papar, Beaufort serta seluruh Malaysia. Jika ingin mengetahui maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee atau ingin mengetahui tentang cawangan Shaklee di Sabah dan ejen Shaklee berdekatan anda hubungi saya pada bila-bila masa. Terima Kasih

Share

CACAR AIR DAN CARA RAWATANNYA

Cacar air adalah antara penyakit  yang senang dijangkiti  disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan.

Anak pertama saya, furqan pernah menghidapi cacar air. Cuma yang merisaukan ia langsung tidak keluar di badan.. Cacar tersebut cuma di dalam badan.. Namun, Alhamdulillah.. Kami jaga dia mengikut nasihat doktor dan dia sembuh dengan cepat.. Macam orang sihat pula dia masa kena cacar tu πŸ™‚
Ramai kanak-kanak mendapat cacar air semasa usia kecil mereka dan ia biasanya adalah penyakit ringan. Simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari apabila anak anda dijangkiti cacar air.
Penyakit tersebut mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga semua bintik-bintik sudah kering. Biasanya dalam masa lebih kurang lima hari.

CACAR AIR

Bagaimana bayi dijangkiti cacar air?
Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memnyebarkan bakteria cacar air. Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama bilik dengan orang yang menghidap penyakit itu. Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.
Apakah simptom-simptom cacar air?
Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom demam yang ringan:
*Demam
*Sakit kepala
*Mual
*Sakit-sakit badan
*Kurang selera
Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil dan akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Bintik-bintik ini akan bermula di muka bayi anda.
Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok. Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ia kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.
Apakah rawatan bersesuaian?
Cacar air adalah virus, jadi ia tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi dengan beberapa rawatan di rumah.
1.    Jika bayi anda tiga bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan. Semak maklumat tentang dos di paket, atau tanya doktor atau ahli farmasi jika kurang pasti banyak mana hendak diberikan kepada bayi.
2.    Beri bayi anda banyak cecair untuk mengelakkannya nyahhidrat. Beri dia lebih susu ibu atau jika sudah makan beri makan makanan bayi.
3.    Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan gatal-gatal.
4.    Jika bayi anda berusia  lebih setahun dan gatal-gatal itu mengganggunya terutama di sebelah malam, doktor  mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine (Pirition). Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur.
5.    Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.
6.    Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan kurang berasa gatal.

Credit to Majalah Pa & Ma

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda ingin mendapatkan KONSULTASI PERCUMA mengenai produk Shaklee yang bersesuaian dengan anda atau ingin mengetahui ejen Shaklee berdekatan anda. anda juga boel menghubungi saya jika ingin mengetahui di manakah cawangan Shaklee di Kota Kinabalu ;

Call/Msg/ Whatsapp : 016-587 9882
FB : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com
Share

PROLONGED JAUNDICE

Prolonged jaundice didefinisikan sebagai kuning yang berlaku kepada bayi berusia lebih dari 2minggu (matang) atau 3 minggu (pra-matang).

Kedua-dua anak saya mengalami Prolonged Jaundice di mana mereka masing-masing mengalami jaundice atau kuning yang lama dan melebihi 2 dan 3 minggu.. Anak saya yang pertama lahir normal dan ke dua adalah bayi pra-matang. Memang sabagai ibu saya sangat risau tentang kunign mereka yang lama ini akan tetapi selepas 1 bulan lebih kunign mereka mulai hilang.. Alhamdulillah..

Di sini saya kongsikan antara hasil bacaan saya mengenai Prolonged Jaundice.. Mana tau bagi manfaat pada ibu-ibu di luar sana lebih-lebih lagi yang mengamalkan FULL BREASTFEEDING πŸ™‚

Kekuningan ini berlaku atas banyak faktor akan tetapi punca yg paling biasa adalah disebabkan susu ibu (breast milk jaundice). Walaupun begitu diagnosis breast milk jaundice hanya boleh dibuat setelah semua punca yang lain di siasat melalui ujian darah.


KEKUNINGAN BERTERUSAN  "Hi docs, my son 2 months now. when he was born, he had jaundice but after last check, his reading jaundice was 10.6. right now, my problem was his eyes still have yellow color kat hujung mata, is’t normal? kulit dia jugak kuning. but one of my neighbour (she is a doc) bagitau kulit dia memang color macam tu, kuning langsat, pelik jugak sebab ramai yang jumpa dia mesti cakap kulit dia kuning, so it worries me. hope doc boleh bantu saya”    Prolonged jaundice didefinisikan sebagai kuning yang berlaku kepada bayi berusia lebih dari 2minggu (matang) atau 3 minggu (pra-matang).  Kekuningan ini berlaku atas banyak faktor akan tetapi punca yg paling biasa adalah disebabkan susu ibu (breast milk jaundice). Walaupun begitu diagnosis breast milk jaundice hanya boleh dibuat setelah semua punca yang lain di siasat melalui ujian darah.  Punca-punca utama prolonged jaundice adalah :- 1. Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst 2. Masalah jangkitan saluran kencing 3. Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES) 4. Masalah metabolic ( galactosemia) 5. Sindrom-sindrom tertentu yang berkaitan dgn masalah hati 6. Masalah kelenjar tiroid  Dalam banyak keadaan semua bayi yg mengalami prolonged jaundice akan disiasat berdasarkan clinical suspicion berdasarkan berat lahir, dan perkembangan bayi tersebut.  Setelah semua siasatan melalui ujian darah dan air kencing adalah normal maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice dan tiada rawatan diperlukan kerana ia akan hilang sehingga umur bayi berusia 2 bulan.  Ada pun begitu tanda yang merbahaya adalah sekiranya najis bayi bewarna pucat kuning atau pun warna air kencing gelap seperti teh pekat kerana itu mungkin masalah hati tersumbat. Selain itu tiada tanda yg sepatutnya merisaukan.  Saya berpandangan tiada keperluan untuk berhenti dari susu ibu walaupun mungkin ada doktor yang mensarankan demikian.   Dr Mohd Zaqrul Razmal   http://drzubaidi.com/blogPunca-punca utama prolonged jaundice adalah :-

1. Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst

2. Masalah jangkitan saluran kencing

3. Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES)

4. Masalah metabolic ( galactosemia)

5. Sindrom-sindrom tertentu yang berkaitan dgn masalah hati

6. Masalah kelenjar tiroid

Dalam banyak keadaan semua bayi yg mengalami prolonged jaundice akan disiasat berdasarkan clinical suspicion berdasarkan berat lahir, dan perkembangan bayi tersebut.

Setelah semua siasatan melalui ujian darah dan air kencing adalah normal maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice dan tiada rawatan diperlukan kerana ia akan hilang sehingga umur bayi berusia 2 bulan.

Ada pun begitu tanda yang merbahaya adalah sekiranya najis bayi bewarna pucat kuning atau pun warna air kencing gelap seperti teh pekat kerana itu mungkin masalah hati tersumbat. Selain itu tiada tanda yg sepatutnya merisaukan.

Saya berpandangan tiada keperluan untuk berhenti dari susu ibu walaupun mungkin ada doktor yang mensarankan demikian.

Dr Mohd Zaqrul Razmal

Saya merupakan Agen Shaklee di Sabah kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort serta seluruh Malaysia. Hubungi saya jika anda ingin mendapatkan info lanjut tentang produk Shaklee atau ingin mengetahui Pengedar Shaklee berdekatan anda melalui cara-cara berikut;

Call/Msg/Whatsapp: 016-587 9882
FB : Aryn Fadz Lee
Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com

Share

HERBAL BLEND SHAKLEE BANTU KURANGKAN EKZEMA

Salam semua..Maaf sedikit keterlewatan meng’update’ blog..Macam perasan sendiri bila ingat ada orang tunggu2 blog sy update..hihi..Tapi tidak pa, mana tau ada yang tertunggu2 perkongsian saya dalam blog ni..hihi..InshAllah, apa yang saya kongsikan di sini boleh bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya :

Salah satu produk Shaklee yang saya mesti bawa ke mana-mana dan tidak boleh tinggal adalah Herbal Blend Multi Purpose Cream Shaklee ini. Harga Herbal Blend Shakle yang hebat ini hanya RM28.75 dan boleh digunakan selama berbulan-bulan πŸ™‚
herbal blend multi-purpose cream shaklee
HERBAL-BLEND MULTI-PURPOSE CREAM SHAKLEE

Biarlah saya ceritakan bagaimana saya JATUH HATI dengan Herbal Blend Cream ini πŸ™‚

Furqan, anak pertama saya mula menunjukkan simptom-simptom ekzema di usia seawal 7 bulan.. Macam-macam kami lakukan. Jumpa nenek minta ubat, jumpa doktor swasta, jumpa doktor kerajaan, mandi air herba dan macam-macam lagi. Mula-mula kuranglah, tapi simptom tu masih ada dan semakin teruk pula.. Hati ibu mana yang tidak sedih dan susah hati melihat keadaan anak begitu..berpantang itu, berpantang ini.. Orang sekeliling pula kerap bertanya itu dan ini malah ada pula yang salahkan saya yang salah makan. Untuk makluman furqan adalah anak susu ibu sepenuhnya pada ketika itu dan sehingga kini sebenarnya. So, orang katakan ada yang saya salah makan sampai anak jadi macam tu.. Ya Allah, kuatnya dugaan Allah beri masa tu.. Saya dan suami cuma mampu bersabar dan tersenyum jika orang lain mula bercakap yang bukan-bukan.. Memang susah mau tutup mulut manusia kan :).. Tapi lebih baik sekiranya kita berdiam kerana dengan cara itu hati kita tidak bertambah sakit lebih-lebih dengan keadaan anak sebegitu..

Akhirnya, setelah macam-macam cara dicuba Allah tunjukkan jalan pada kami suami isteri. Berbekalkan duit yang cukup-cukup, kami buat keputusan membawa furqan ke Hospital Pakar Kulit dan alhamdulillah setelah mencuba ubat dan krim yang doktor recommend merah-merah dan gatal-gatal di badan furqan semakin kurang dan kurang..

dipendekkan cerita, setelah makin kurang merah-merah di badan Furqan saya berhenti sapu ubat di kawasan yang tidak merah lagi.. Memang ubat yang dibekalkan itu bagus untuk kurangkan merah dan gatal-gatal, akan tetapi apa yang kami suami isteri perasan adalah kulit di kawasan yang kerap disapu ubat tersebut semakin menipis.. Antara yang masih merah dan gatal adalah bahagian pelipat lutut furqan..Kawasan tu memang merah dan selalunya walaupun sudah disapu uabat furqan sealu menggaru di kawasan tersebut sehingga luka. Dek terlalu kerap juga menyapu ubat, kawasan belakang lutut furqan jadi cepat melecet dan kadang-kadang luka walaupun tidak digaru.

Risau dengan belakang lutut furqan tu, saya yang masa itu baru berjinak dengan Shaklee terus membuat keputusan membeli krim ajaib ini. Dan memang MAGIC la kerana baru sahaja  menyapu Herbal Belnd Shaklee ini, lutut furqan tidak lagi cepat melecet dan sehingga kini kami tidak lagi perlu risau sekiranya kawasan tersebut cepat luka kerana kulit di kawasan tersebut beransur-ansur pulih dan tidak lagi menipis.

selain itu, saya juga gunakan Herbal Blend ini setiap hari bagi melembabkan kulit tangan dan kaki saya yang agak kering. Saya juga gunakannya bagi mengurangkan gigitan nyamuk di badan furqan dan Fyrash dan bagi mengurangkan rekahan di tumit kaki yang kering.

Wahh..panjangnya luahan saya kali ini. Memang saya sayang sangat dengan krim Herbal Blend Shaklee ini. Di sangat-sangat Multi-Purpose juga tau.. Antaranya;

1) Membantu mengurangkan ekzema
2) Membantu mengurangkan keadaan kulit melecur
3) Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
4) Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
5) Memberi kelegaan kerana ketidak selesaan akibat demam
6) Sebagai losyen untuk kegunaan harian
7) Bagus untuk luka kecil dan calar
8) Mengurangkan ruam susu
9) Mengurangkan ruam panas
10) Mengurangkan bekas gigitan nyamuk atau serangga

Dan apa yang buat saya terus mempercayai cream ini adalah disebabkan sesiapa yang sudah membeli dari saya dan mencubanya pasti SANGAT-SANGAT BERPUASHATI dengan hasilnya. Yang penting tiada bahan kimia, tiada paraben atau bahan-bahan steroid yang menakutkan! Anda ingin mencuba? Hubungi saya segera! πŸ™‚

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah terutama di Kota Kinabalu, Beaufort, Papar dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee atau ingin mencari Agen Shaklee berdekatan anda atau ingin mencari cawangan Shaklee berdekatan anda.

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
FB : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com
Share

TIPS KURANGKAN SERANGAN JANTUNG UNTUK LELAKI

Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia berdasarkan kepada jumlah 37 % jumlah kematian disebabkan penyakit ini.

Diet yang sihat, bersenam dan berhenti merokok boleh meningkatkan kesihatan jantung. Perubahan gaya hidup kecil boleh membuahkan hasil yang besar apabila ia datang untuk memperbaiki kesihatan jantung anda. Berikut adalah lima perubahan mudah atau tips yang boleh anda buat bagi mengurangkan risiko penyakit atau risiko serangan jantung terutama kepada lelaki ini:

1- Bersenam selama 30 minit

Lelaki pertengahan umur yang bersungguh-sungguh bersenam selama dua jam seminggu (bertujuan untuk 30 minit, empat kali seminggu) mempunyai risiko 60 peratus lebih rendah mendapat  serangan jantung berbanding lelaki kurang aktif.

2- Kurangkan lemak

Jika anda gemuk, pengurangan 10-20 pounds dapat mengurangkan risiko mati akibat serangan jantung. Malah, menurut satu kajian selama 10 tahun mendapati bahawa orang gemuk mempunyai serangan jantung 8 sehingga 2 tahun lebih awal daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.

Bagaimana terjadinya serangan jantung

3- Minum 5 gelas air kosong sehari.
 Lelaki yang minum air 5 gelas ke atas sehari, adalah 54 peratus kurang mendapat serangan jantung maut berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang. Menurut kajian , air mencairkan darah, menjadikan ia kurang cenderung untuk beku.

4- Kurangkan marah dan lebih bersabar

Penyimpanan sejuk (sabar) anda di bawah tekanan boleh membuat anda hidup lama. Lelaki yang bertindak balas dengan kemarahan adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk mempunyai penyakit jantung dan lima kali lebih cenderung untuk mempunyai serangan jantung sebelum umur mencecah 55 tahun (kerja kerajaan dah boleh pencen).

5- Berhenti merokok.

Faktor ini tak perlulah saya terangkan lagi, rasanya semua sudah tahu tentang bahayanya merokok pada kesihatan anda dan juga orang di sekeliling. Jadi tepuk dada tanya akal kita sama ada nak sihat atau sebaliknya.

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort serta seluruh Malaysia. Hubungi saya jika anda perlukan tips-tips kesihatan atau review Shaklee products atau sebarang konsultasi tentang produk Shaklee. Anda juga boleh menggunakan ID saya (592034) di mana-mana cawangan Shaklee berdekatan anda dan maklumkan saya terlebih dahulu agar saya boleh memaklumkan anda tentang cara pengambilan Vitamin Shaklee yang terbaik 

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
FB : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com
Share