VITA LEA SHAKLEE MULTIVITAMIN LENGKAP UNTUK SEISI KELUARGA

Salam semua.. Mood masih bercuti Raya rasanya diri ini. Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur untuk menulis di sini. Terbe’rehat’ sebentar dek Holiday Raya ni.. Raya anda bagaimana? Seronok? Saya sibuk dengan melayan karenah anak-anak sambil tolong kerja-kerja dapur. Raya ke-4 di rumah Mertua saya buat Mee Kari guna mee Mihun.. Sedap pula ya..tapi hubby pula yang tidak berapa minat..Tidak apalah, yang penting habis! Hihi.. 

Ok, sudah-sudahla cerita Raya ni.. Hari ni saya mau kongsi tentang Vita-Lea Shaklee ini. Vita-Lea merupakan multivitamin yang bagus dan lengkap di mana ia mempunyai Vitamin A sehingga Vitamin E yang diperlukan badan.

Vita-lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai ” Vitalize – Mineral” dan disingkatkan sebutannya kepada “Vita-Min” dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya adalah dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair ( 90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 

Tablet Vita-Lea disaluti spirulina dan dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai ” Explo – tab”. Ia juga merupakan tablet multivitamin yang paling pantas terlarut di daalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal yang dilakukan oleh Shaklee menunjukkan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurngkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea juga telah dipiih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagat THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

vita lea shaklee
VITA-LEA SHAKLEE – MULTIVITAMIN PERTAMA DUNIA
Vita-Lea Shaklee ini sangat-sangat sesuai diambil oleh semua peringkat umur terutama golongan dewasa. Antara golongan yang boleh mengambil vitamin ini dan kelebihan multivitamin ini adalah;

1) Ibu mengandung – Multivitamin ini mengandungi iron tablet yang sesuai untuk ibu mengandung yang kurang HB bagi membantu menaikkan HB anda

2) Ibu yang menyusukan anak – Multivitamin ini membantu mengcukupkan vitamin dan mineral yang kekurangan dalam badan ibu menyusu memandangkan bayi menyusu menyerap nutrisi-nutrisi dalam badan ibu melalui air susu ibu

3) Ibu bapa yang sudah berumur- Vita – Lea membantu menambah nutrisi dalam badan orang-orang yang sudah berumur memandangkan pada ketika ini kekurangan nutrisi boleh berlaku disebabkan pola pemakanan yang tidak seimbang dari muda

4) Orang dewasa- Kita perlukan Vita-Lea untuk menyeimbangkan kekurangan vitamin dan mineral yang tidak seimbang disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak teratur dan kurang nutrisi

Antara manfaat utama Vita-Lea Shaklee ini adalah;
1) Penambahan tenaga segera – Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalm aspe pembelajaran mahupun kerja seharian

2) Pelengkap nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia

3) Keupayaan sistem produktif- Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

4) Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan membantu melambatkan proses penuaan

5) Melindungi organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

6) Elemen penting pada sel tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Papar , Beaufort dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan sebarang bantuan mengenai produk-produk Shaklee;

Call/Msg/Whatsapp: 016-587 9882
FB : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge