CARA-CARA KURANGKAN STRES

Periksa jadual harian 
Luangkan masa sekurang – kurangnya 10 minit sebelum balik setiap hari untuk anda memeriksa atau merancang jadual kerja anda pada hari esok. Setiap pagi sebelum anda memulakan kerja, rancang dahulu jadual anda dengan mengenal pasti tugasan mana yang penting untuk disiapkan terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda akan lebih teratur dan merasa lebih tenang. 

Mendengar muzik
Muzik dapat mengurangkan stres, meningkatkan emosi dan juga mengurangkan tekanan darah. Pemilihan muzik yang bersesuaian juga dapat mengubah diri anda menjadi lebih tenang. 



Regangan 
Angkat tangan dan letakkan di atas kepala, atau berjalan seketika di luar pejabat atau ke tandas merupakan salah satu jenis regangan. Ragangan dapat meningkatkan pengaliran darah dan meregangkan otot. 

Bersihkan meja 
Jika anda merasa diri anda sedang stres, Kemas meja anda. Anda tidak perlu mengubah kedudukan atau peralatan di atas meja. Anda Cuma perlu susun sahaja supaya meja anda lebih teratur dan rapi. Meja yang bersih dan teratur boleh mengurangkan tekanan darah anda dan menjadikan anda berasa lebih tenang. 

Hidu aroma lemon dan lavender 
Sebuah penyelidikan di Jepun mendapati, zat linalool dalam lemon dapat mengurangkan ‘stress’. Aroma lavender juga mampu menurunkan stres anda. 

Saya, ereena hamzah merupakan Agen Shaklee di Sabah, Kota Kinabalu, Papar, dan beaufort serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda mencari Pengedar Shaklee di kawasan anda atau ingin mengetahu stokis Shaklee KK atau ingin menggunakan ID (592034) saya untuk membeli produk Shaklee.
Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Fb : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com
Share

One thought on “CARA-CARA KURANGKAN STRES

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge