TIPS MEMULAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Salam Jumaat semua.. Saya hari ini sangat teruja untuk bercerita tentang tips dan cara memulakan penyusuan susu ibu. Ini kerana saya sangat gembira kerana sejak akhir-akhir ini semakin ramai sahabat saya ingin memperjuangkan penyusuan susu ibu. Satu keputusan yang bukan mudah lebih-labih sekiranya kurang mendapat sokongan keluarga dan orang sekeliling.

Saya sendiri tidak mendapat sokongan dari ibu saya bila saya mengambil keputusan untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Ketika itu, pengetahuan saya tentang susu ibu amat-amatlah kurang dan saya hanya mengetahui tentang Penyusuan susu ibu Eksklusif melalui majalah Pa&Ma. Dengan kurangnya sokongan keluarga, dengan ilmu di dada yang kurang, dengan stok susu yang saya tidak pernah disimpan saya berusaha mencari maklumat tentang penyusuan susu ibu sendiri.

Antara langkah-langkah yang saya ambil adalah;

1) Mencari maklumat lebih terperinci melalui internet
Saya berusaha mencari dan Alhamdulillah banyak sebenarnya blog dan laman web yang wujud yang menceritakan pengalaman ibu-ibu. Cuma mungkin di Sabah maklumat tentang Penyusuan Susu Ibu EKsklusif ini kurang mendapat liputan yang meluas

2) Belajar tentang cara-cara mengepam
Ada pelbagai cara untuk mengepam susu sama ada melalui Skin to Skin iaitu memerah menggunakan tangan atau menggunakan pam.

3) Belajar tentang cara-cara penyimpanan stok susu ibu atau Expressed Breast Milk ( EBM)
IBU PERLU DAN MESTI tahu tentang cara menyimpan stok susu ibu. Pastikan bekas yang digunakan adalah dari bekas yang bebas BPA. Alaa…banyak da supermarket jual Storage Bottle untuk susu ibu..hihi..

4) Ketahui cara untuk memanaskan EBM
Cara untuk memanaskan atau mensuamkan serta mencairkan EBM WAJIB diketahui oleh ibu kerana bila ibu balik bekerja, ibu perlu menerangkan bagaimana hendak memanaskan EBM kepada penjaga bayi nanti. Ibu juga perlu pastikan EBM yang telah dicairkan tidak disimpan semula di tempat sejuk beku kerana EBM yang dicairkan cuma boleh bertahan selama 24jam sebelum dipanaskan. Manakala EBM yang sudah panas atau suam hanya bertahan selama 2 jam untuk digunakan.

Spectra 3
Nila Spectra 3, pam elektrik yang saya gunakan sejak Furqan berusia 2 bulan sehingga kini.. Sudah 2 tahun lebih saya guna 🙂
Saya akan kongsikan lagi cara-cara menguruskan EBM dalam post saya yang seterusnya ok.. Yang penting ibu-ibu mesti KUAT SEMANGAT dan BERTAHAN walau apapun orang sekeliling katakan.. Kalau orang cakap bukan-bukan, kita senyum ja.. Dorang cakap macam tu sebab dorang kurang ilmu tentang kebaikan susu ibu.. 🙂

Hubungi saya pada bila-bila masa sekiranya anda perlukan bantuan atau konsultasi tentang pengurusan Susu Ibu atau tentang Suplement Shaklee yang saya ambil untuk maintainkan perjuangan Susu Ibu saya 🙂

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar, Beaufort dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang produk Shaklee

Call/Msg/Whatsapp : 016-587 9882
FB Profile : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge