TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Salam jumaat semua kawan-kawan..Kawan-kawan sihat? Saya dan anak-anak sihat.. Suami pergi kursus, 3 hari..tinggal kami anak – beranak.. Nasib baik ada mummy dan adik-beradik datang. Tidaklah rasa kelam -kabut menjaga anak-anak sorang-sorang ;)..

Baru-baru ni, saya post d fb gambar susu ibu saya yang penuh kat icebox tu.. Ingat mau hint-hint husband untuk belikan freezer, tengok2 ramai pula orang komen tanya macammna cara mau banyakkan susu dengan ambil suplement apa.. 
Gambar stok susu kat icebox rumah 🙂

Walaupun saya sebagai pengedar sah SHAKLEE yang menjual suplement-suplement yang boleh membantu memperbanyakkan air susu, tapi saya juga nak semua orang tahu yang suplement-suplement ini hanya membantu ibu untuk hasilkan susu yang lebih banyak dengan teknik dan cara yang betul. The main person yang kena berusaha untuk hasilkan susu adalah ANDA sendiri.. Tanpa teknik dan cara yang betul, pengambilan suplement akan jadi sia-sia dan tidak hairanlah susu makin berkurang walau anda mengambil suplement yang mahal sekalipun.


Antara tip-tips yang penting ialah;

1) Kerap mengepam atau direct feed– Jika bayi kurang direct feed ( Menyusu badan secara direct) sebaiknya ibu teruskan mengepam dengan jadual mengepam yang konsisten.. 
Buat jadual sendiri mengikut kesesuaian masa anda. Ingat ya, penghasilan susu ibu adalah berasakan teori demand and supply.. Semakin banyak demand ( permintaan) semakin banyak supply ( bekalan). Semakin kerap kita kosongkan breast kita, semakin banyak susu akan terhasil sebab otak kita akan sampaikan mesej kepada badan kita untuk hasilkan susu ibu lebih banyak bila breast kita kerap kosong.

2) Berfikiran positif – Jangan stres wahai ibu-ibu. Stres menyebabkan kita tertekan dan kurang happy.. Penghasilan susu ibu sangat-sangat dipengaruhi oleh perasaan ibu itu sendiri. Setiap kali mengepam, bayangkan anak anda tengah menyusu dengan anda dan anda tengah alirkan kasih sayang anda yang melimpah ruah itu melalui air susu anda.

3) Berdoa – Sebelum anda mulakan sesi mengepam atau menyusukan anak, mohon dengan Allah untuk sentiasa banyaakn air susu untuk anak anda

4) Sekiranya anda ibu bekerja, ambil cuti 2-3 hari untuk meluangkan masa bersama anak anda. Macam saya dulu, Saya ambil cuti n rehatkan diri bersama anak-anak di rumah tanpa melakukan apa-apapun.. Makan pun minta hubby yang tapaukan.. So, hati rasa lebih relax dan happy sebab dapat meluangkan masa bersama anak-anak 🙂

5) Berzikir – Istighfar, Selawat setiap kali anda mengepam atau menyusukan bayi

6) Amalkan pemakanan seimbang – Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan supaya badan rasa lebih sihat dan segar. Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan sejuk. Saya ni susah mau uruskan pasal makanan seimbang ni, thats why saya ambil suplement SHAKLEE 🙂

7) Yakin bahawa susu ibu anada cukup dan banyak untuk anak-anak anda

8) Cari info-info penyusuan melalui pembacaan. Google ja..hihi..

9) Ikuti group-group penyusuan susu ibu. Saya join Support Group Susu Ibu Sabah kat FB

10) Power pumping – Power pumping adalah salah satu kaedah untuk membanyakkan demand kepada breast anda. Caranya ialah pam sebelah atau kedua-dua breast selama 15-2 0minit dan berhenti selama sepuluh- 15 minit.. Lakukan berulang kali selama sejam setiap hari. Pam sebaik-baiknya pada awal pagi ketika bayi sedang tidur kerana pada waktu ini susu yang terhasil adalah pekat dan dalam keadaan yang terbaik.

Tips2 dia atas adalah cara-cara yang saya lakukan untuk memperbanyakkan susu ibu saya dan Alhamdulillah berkesan.. Saya pun pernah mengalami kemerunduman susu ibu dan apa yang pasti saya sangat kekurangan ilmu tentang penyusuan pada masa itu sehingga membuatkan saya begitu stres. Sebaiknya, bagi ibu-ibu yang bekerja mulakan menyimpan stok seawal bayi berusia seminggu. 

Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat tentang penyusuan, feel free to contact me k..Saya akan membantu sedaya upaya saya.. Moga kita sama-sama berjaya untuk berjuang menghasilkan susu ibu terbaik dan banyak untuk anak tersayang.. Aminnn

Hubungi saya sekiranya anda ingin mengetahui tentang suplement yang sesuai untuk ibu menyusu k 🙂 ..

FB : Aryn Fadz Lee
FB Page ; Vitaminku Sefamilee
Call / Msg / Whatsapp : 016-587 9882
Email : kawan_sya@yahoo.com
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge