Kisah Penyusuanku Sehingga 2 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.. Sorry..Lama xupdate blog..Ada kekangan masa sedikit akhir2 ini..Tapi itu bukan alasan la arynn!!! Hihihi.. 

Kisah Penyusuanku Sehingga 2 tahun..ALhamdulillah, 28 March 2013, lengkapla PHD saya dlm usaha saya menyusukan anak saya Eisra’ Muhamad Furqan, yang berusia genap 2 tahun. Hati saya berbunga-bunga, jiwa saya tersenyum lebar, hari saya berasa begitu ceria Khamis tu.. Akhirnya, setelah berusaha selama 2 tahun, saya berjaya menjayakan misi saya- Menyusukan Furqan sehingga 2 tahun…Terima kasih , Ya Allah..

Berbagai-bagai perkara dan cabaran yang berlaku, lebih-lebih lagi Furqan berkongsi susu dengan adik tersayang.. Berbagai pengalaman serta pahit manis juga yang dialami tapi itu semua tidak pernah mematahkan semangat saya sedikitpun.. Walaupun kurang sokongan keluarga, namun sokongan dari Suami Tersayang yang sangat kuat dan jitu buat saya lagi kuat walaupun masih terasa sakitnya Cik ‘B’ bila budak berusia 2 tahun ni menyusu ( sebab da banyak gigi..hihi)

Sehingga ke hari ini, saya masih menyusukan Furqan. Saya dan suami sudah berbincang dan buat keputusan untuk meneruskan penyusuan ini sehinggan Furqan berusia 2 tahun lebih. Alhamdulillah, suami sangat memahami.. Saya sebenarnya belum bersedia mau wean off..hehe..Belum sedia saya mau lepaskan ‘pandangan’ kasih sayang Furqan tiap kali dia menyusu. Saya tidak bersedia lagi tidur tanpa terasa pelukan lembut Furqan si Comelku sayang. Saya belum bersedia…banyakkkk perkara lagi. Saya belum sanggup lagi lepaskan semuanya pergi..Tapi saya sedar, masanya akan tiba.. Saya perlu melepaskan juga semuanya..Huhu.. Belum sedia la ummi, Furqan..
Saya masih teruskan amalan mengepam saya setiap hari πŸ™‚
Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya bagiku Ya Allah.. Mudah2an bila masanya sudah tiba, saya bersedia untuk wean off Furqan dan mampu melepaskan perasaan tidak bersedia  ini.. Terima kasih juga , Ya Allah..kau permudahkan bagiku untuk terus menghasilkan susu ibu yang banyak untuk anak-anakku.. Teringat saya betapa sedihnya saya bila air susu ibu saya merudum kerana saya tengah mengandung..  Masa tulah saya berkenalan lebih rapat dengan Shaklee.. πŸ™‚ .. Mungkin itulah hikmahnya..Sampai sekarang saya masih konsisten ambik Suplements Shaklee supaya badan lebih sihat dan susu maintain banyak.. Di samping menjana pendapatan sampingan yang hebat !

Celebrate Furqan’s Birthday at his nursery
 Gambar ni masa kami belikan KFC dan kek untuk Furqan masa 28 Mac tu.. Sambut kat taska ja, sekali dengan kawan-kawan.. Semangat betul Furqan makan dengan kawan-kawan sampai mau ambil gambarpun susah..sebab dia asyik mau makan ikut kawan-kawan dia..hihi.. LOVE U SAYANG.. Ummi akan sentiasa mengasihimu.. Emmmuuaahh.. Furqan, anak yang sangat pandai πŸ™‚ .. (Ramai da orang tegur, kebanyakannya terkejut sebab dalam usia baru 2 tahun Furqan da boleh bercakap dengan lancar ) …Alhamdulillah.. anak susu ibu kan πŸ™‚
Sekiranya anda ingin tahu rahsia untuk banyakkan air susu ibu seperti saya lebih-lebih lagi untuk maintainkannya walaupun tanderm nursing macam saya, sila hubungi saya.. Konsultasi percuma akan saya berikan πŸ™‚

Saya adalah pengedar sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort serta seluruh Malaysia. Sekiranya anda mencari supelements yang selamat untuk menjayakan penyusuan susu ibu anda, sila hubungi saya!

FB : Aryn Fadz Lee
Call/ Msg/Whatsapp : 016-587 9882
Email : kawan_sya@yahoo.com
Fb Page : Vitaminku Sefamilee 
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge